KAHERAH, 16 Jan - Jalinan hubungan
Solidariti Mahasiswa Timur Tengah SMATT dikalangan mahasiswa Islam timur tengah
semakin diteruskan dengan beberapa tindakan kebersamaan dalam beberapa isu umat
Islam.
SMATT kini dipengerusikan oleh PMRAM sekaligus memperkasakan
lagi hubungan mahasiswa Islam dengan meluaskan jaringan hubungan antarabangsa
dengan objektif menaikkan taraf kualiti pandangan dan perspektif dari mahasiswa
Islam .
Pejabat PMRAM telah dikunjungi Presiden Persatuan Pelajar
Malaysia Yaman (PERMAYA) Saudara Mohammad Iqbal Bin Abu Yaziz jam 8 malam
semalam.
Kunjungan beliau disambut Presiden PMRAM Saudara Muhamad
Zuhaili Saiman serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM antaranya Timbalan
Presiden Saudara Abdul Aziz Ali, Naib Presiden II Saudara Mohd Solehuddin Mohd
Safien,Timbalan Setiausaha Agung Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi,Ketua Badan
Penerangan & Penerbitan Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi dan Ketua Badan
Ekonomi Saudara Mohd Hafizzul Azri Azman.
Turut serta bersama beliau Exco Penerbitan PMRAM Cawangan
Kedah Saudara Mohd Hafiz Ahmad .
Pelbagai perkongsian dua hala telah diperbincangkan dan
beberapa maklumat yang terkini mengenai mahasiswa Islam di Yaman dan perjalanan
pentadbiran kerajaan disana.
" Untuk tempoh sekarang beberapa aktiviti PERMAYA tidak
dapat dijalankan berikutan tahap keselamatan semasa yang tidak mengizinkan
walau bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal" ujar Saudara Mohammad
Iqbal.
Sumber : pmram.org

0 comments:
Post a Comment