Laporan
jam 09:32 pagi, waktu Palestin
Jam 09:32 pagi, waktu Mesir
Jam 09:32 pagi, waktu Mesir
GAZA - Seorang remaja perempuan Palestin, Hanin Kamal Abu Jalalah telah syahid awal pagi ini(22/01/2012, Ahad) di hospital Hadassah Israel, BaitulMaqdis kesan daripada fosforus putih(white phosporus) sewaktu perang Gaza tiga tahun yang lalu.
Remaja yang berusia 16 tahun(17 tahun menurut sumber PALTIMES) menetap di Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah menderita sejak tiga tahun yang lalu ekoran kerosakan pada paru-parunya. Baru-baru ini ketika menjalani rawatan di hospital Hadassah, keadaan mangsa terjejas teruk setelah mengalami koma. Kesakitan yang dihadapi mangsa akibat terhidu posporus putih yang digunakan oleh tentera rejim zionis semasa perang Gaza, akhir 2008 - awal 2009.
Gambar: Hospital Hadassah
"Setelah hospital El-Makassed enggan mengambil sampel ujian paru-paru Hanin ekoran bimbang berlaku yang lebih membahayakan dirinya, saya terkejut apabila rawatan di hospital Hadassah Ein Karem, pihak perubatan mahu mengambil sampel berkenaan, itupun selepas mereka menenangkan kami bahawa pembedahan yang dijalankan hanyalah biasa dan tidak membahayakan Hanin," Kata Kamal kepada agensi beritaPALTIMES.
Tambah Kamal dengan nada sedih, "Mereka dah janji pembedahan tidak akan melebihi 10 minit, namun Hanin berada dalam bilik pembedahan melebihi 3 jam setengah, sebaik sahaja peralatan perubatan dicabut dari tubuh Hanin, mangsa berada dalam keadaan koma malah terlantar di katil selama 18 hari sehinggalah syahid pada pagi ini."
Sebagaimana dimaklumkan, sebentar lagi jenazah remaja perempuan Palestin dari Gaza akan dipindahkan ke hospital Makassed Islamiah sebelum dihantar ke Semenanjung Gaza untuk dikebumikan di sana.
Tambahan lagi dari sumber PALTIMES, bapa remaja perempuan berkenaan mendesak Badan-badan Hak Asasi dan sesiapa yang punyai perasaan agar mendakwa tentera rejim zionis dan pihak hospital Hadassah Ein Karem. Bapa kepada remaja berkenaan turut meminta agar dijalankan siasatan terperinci sambil menyifatkan kedua-dua pihak, tentera dan hospital merupakan pihak yang bertanggungjawab secara langsung berhubung kejadian yang menimpa anaknya(syahid).
Tidak jelik jika menyebutkan, sewaktu perang Gaza, tentera rejim zionis telah mengebom Semenanjung Gaza dengan sebilangan besar peluru beracun. Paling jelas, peluru fosforus putih yang diharamkan oleh pihak antarabangsa telah menimbulkan kesan yang teramat jelas kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Sumber 22/01/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
No comments:
Post a Comment