Saturday, January 28, 2012

Bersama Membantu Memperjuangkan Agama Allah




KAHERAH, 26 Januari- Dalam usaha membentuk generasi pemuda yang berkualiti dan berintegriti, Biro Dakwah dan Tarbiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Al-Jum’ah  yang merupakan salah satu aktiviti mingguan yang melibatkan seluruh ahli KPIPM dengan tujuan merapatkan hubungan sesama ahli disamping beberapa pengisian rohani.

Bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, alunan burdah dan bacaan yasin secara beramai-ramai yang dipimpin oleh saudara Mohd Adil Bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2011/2012.

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh  Saudari Saidatul Yuhanis Binti Dahwani sebagai santapan rohani kepada semua ahli yang hadir. Beliau telah berpesan mengenai  kriteria-kriteria yang perlu ada oleh seseorang pejuang yang ingin mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan.


Setelah selesai solat isyak dan solat hajat berjemaah, Program Ehya’ Al-Jum’ah diserikan dengan Majlis Wada’ bersama  Saudara Hafizzul Azri Bin Azman yang merupakan Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2011 merangkap Badan Pengurus Angkat  KPIPM. Beliau telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman beliau sebagai seorang pelajar serta sebagai seorang kepimpinan. Beliau juga telah berpesan kepada semua yang hadir supaya terus menjaga KPIPM dan PMRAM serta bersedia menghulurkan apa jua bantuan dalam membantu memperjuangkan Agama Islam yang mulia ini.

Program Ehya’ Al-Jum’ah  telah diteruskan pada keesokan paginya dengan solat subuh berjemaah serta pengisian tazkirah daripada pentazkirah-pentazkirah yang telah ditaklifkan dalam kalangan ahli KPIPM sendiri. Bertempat di Dewan syeikh Sya’rawi saudara Muhammad Sufi Bin Haniffah yang telah membicarakan mengenai kesyukuran kita kepada Allah S.W.T . atas segala nikmat yang diberikan kepada kehidupan manusia. Manakala di Dewan Musolla Wisma Perak B, saudara Zulfadli Hadi Bin Abdul Kadir.

Program Ehya’Al-Jum’ah ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...