Pembinaan Daulah adalah salah satu daripada marhalah atau
peringkat dalam berdakwah. Sebagaimana yang kita maklum, hijrah Rasulullah s.a.w ke
Madinah pada
bulan Safar membawa erti kelahiran sebuah Negara Islam yang pertama di bumi Allah ini, ia juga menunjukkan
kepada kita pada ketika itu akan wujudnya pemerintahan Islam (khilafah)yang
pertama di bawah pemerintahan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan dengan itu, 3 Asas utama dalam
menggerakkan gerak kerja dan tugas dalam pembinaan negara Islam yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w demi memastikan Negara Islam itu kukuh dan padu
ialah:-
1. Pembinaan Masjid
Kita perlu sedar bahawasanya masjid merupakan asas
utama yang sangat penting di dalam sesebuah masyarakat dan Negara Islam.
Setelah tibanya Rasulullah s.a.w di Madinah, baginda terus meletakkan batu sebagai
asas pembentukan masyarakat Islam yang kukuh dan padu yang dianggotai
oleh para Ansar dan Muhajirin yang berpaksikan Taqwa sebagai asas dalam pembinaan
masjid di dalam diri mereka.
Allah
berfirman di dalam Al-Quran
لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ
يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ
فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid
Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di
dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai
orang-orang yang bersih”.
(Surah
At-Taubah:ayat 108)
Tidak hairanlah bahawa masjid adalah asas pertama
dan utama kearah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan pembinaan masjidlah
masyarakat Islam dapat mengambil suntikan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi
segala sistem Islam, ‘aqidah dan syariatnya.
Diantara peranan yang besar yang kita boleh
kita ambil dalam pembinaan masjid ini adalah :-
1.
Meluaskan roh persaudaraan dan ikatan mahabbah sesama Islam sebagaimana yang
ditunjukkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin.
2.
Menyebarkan semangat persamaan dan keadilan dikalangan umat Islam di segenap
lapisan.
3.
Saling bantu membantu di antara golongan yang miskan dan kaya.
·
4.
Meleburkan dan membentuk pelbagai ragam umat Islam ke dalam acuan perpaduan
yang berpegang dengan ikatan Allah,hukum-hukum dan syariatnya.
2.
Persaudaraan Sesama Muslimin
Ikatan persaudaraan merupakan asas yang ke-2 dalam pembinaan daulahsebagaimana
yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mempersaudarakan di antara kaumMuhajirin dan Ansar yang berlandaskan dengan
aqidah Islamiah.
Sebagaimana
firman Allah:-
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena
itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat”.
(Surah al-Hujurat:ayat 10)
Imam Hassan Al-Banna menyebutkan berkenaan tentang Ukhuwah adalah :
“ Saya maksudkan dengan persaudaraan adalah jalinan hati dan ruh yang diikat dengan ikatan ‘aqidah. Ikatan ‘aqidah merupakan ikatan yang paling kuat dan paling tinggi. Persaudaraan adalah saudara iman , manakala perpecahan pula adalah saudara kufur ".
“ Saya maksudkan dengan persaudaraan adalah jalinan hati dan ruh yang diikat dengan ikatan ‘aqidah. Ikatan ‘aqidah merupakan ikatan yang paling kuat dan paling tinggi. Persaudaraan adalah saudara iman , manakala perpecahan pula adalah saudara kufur ".
Kesimpulannya, kekuatan yang pertama sekali adalah kekuatan kesatuan. Tidak wujud kesatuan melainkan
jika wujud rasa cinta dan kasih sayang. Tingkatan cinta paling rendah adalah
tidak bersikap busuk hati dan tingkatan cinta yang paling tinggi adalah
mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan dirinya.
3. Perjanjian
Umat Islam dan Non-Muslim
Asas ke-3 merupakan asas yang sangat penting yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menentukan nilai perlembagaan
Negara baru ini. Perjanjian ini dinamakan dengan“Piagam Madinah”.
Diantara kepentingan Piagam Madinah secara
ringkas adalah:-
1- Ianya sebagai model kerajaan
Islam yang unggul.
2- Unsur Islam boleh digunakan dalam
Negara pelbagai agama dan kaum.
3- Perlembagaan yang mengandungi
unsur dunia dan akhirat.
4- Menunjukkan sistem ekonomi Islam
yang memntingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
5- Mempamerkan undang-undang yang
lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
6- Negara diwujud atas dasar
perlembagaan terlebih dahulu.
Kesimpulan
Akhirnya, 3 asas utama dalam membina daulah yang telah ditunjukkan
oleh Rasulullah dan para sahabat adalah menunjukkan kepada kita betapa
pentingnya untuk mengembalikan khilafah Islamiah yang kian lama sudah terkubur sejak tahun
1924 m.
Tugas utama yang penting untuk kita lakukan pada
zaman sekarang yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi adalah “BEKERJA”.
wallahu a’lam.
Disediakan oleh :
Ustaz Ilyas bin Yusof
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Cawangan
PMRAM
Disemak oleh :
Felo MANHAL PMRAM
Felo MANHAL PMRAM
KABAR BAIK !!! KABAR BAIK !!! KABAR BAIK!!!
ReplyDeleteHalo semua, nama saya Mrs. Arya Theresia, saya dari Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman dari MRS CHRISTY MORRIS LOAN FIRM karena begitu banyak pemberi pinjaman kredit palsu di sini di internet dan juga untuk memberi tahu Anda bahwa saya adalah korban penipu internet berkali-kali, jadi saya tidak kehilangan harapan sampai saya dirujuk oleh seorang teman ke pemberi pinjaman terpercaya bernama MRS. CHRISTY MORRIS yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp850.000,0000 dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan, saya sarankan CHRISTY MORRIS LOAN FIRM adalah yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga bisnis mereka maju, Amin
Jika Anda memerlukan bantuan tentang cara mendapatkan pinjaman, Anda dapat menghubungi saya melalui email: (aryatheresia750@gmail.com)
Anda dapat menghubungi perusahaan secara langsung dengan pinjaman mereka
Email: (christymorrisloanfirm@gmail.com)
Terima kasih
Arya Theresia