بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد
لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله ومن ولاه
Di dalam melaksanakan syariah Islam di dalam negara, terdapat aulawiyat
yang perlu dipatuhi oleh mereka yang diizinkan Allah memegang tampuk
kekuasaan.Berikut adalah sedikit perkongsian yang diolah kembali daripada
rakaman temuramah bersama Dr Yusof al-Qardhawi di bawah tajuk “Syariah: Makna
dan Dasarnya,” menerusi rancangan Syariah Dan Kehidupan, saluran al-Jazeera.
Muqaddimah
Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita
di Mesir yang telah berjaya menjalani pilihanraya dengan ketiga-tiga peringkat
dan memilih calon-calon yang disokong oleh sebahagian besar rakyat.Tidak
mungkin seluruh semuanya manusia bolehbersepakat di atas suatu perkara, ini
sememangnya tabiat manusia.Maka, jika sebahagian besar manusia menyokong, sudah
menandakan satu kebaikan, Insya Allah.Beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan
mereka mendapat petunjuk dalam melalui peringkat yang seterusnya.
1) Takrif syariah:
ما شرعه الله لعباده من الأحكام
“Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya, daripada hukum
hakam.”
Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di antaranya yang
berkaitan dengan ( كيفية العمل ) ‘cara
beramal’ dan dinamakan sebagai ( فرعية وعملية ) ‘cabang dan amalan.’ Ilmu yang berkaitan
dengannya dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan hukum. Dan ada pula yang
berkaitan dengan ( أصل العمل ) ‘dasar
amalan’ dan dinamakan sebagai ( أصلية واعتقادية ) ‘usul dan pegangan.’ Ilmu yang berkiatan
dengannya dinamakan sebagai ilmu kalam, tauhid atau aqidah
2) Syariah dan agama:
Jika berdasarkan takrif di atas, syariah itu sendiri adalah agama.
Namun sebahagian ulama membezakan antara penggunaan kalimah syariah
kepada maksud yang lebih khusus, iaitulah hukum hakam fiqh.Sebagaimana di
al-Azhar dinamakan kuliah yang menumpukan pengajian fiqh sebagai kuliah
syariah, dan kuliah yang mengaji akidah dinamakan kuliah usuluddin. Syeikh
Mahmud Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang sebuah kitab bertajuk “Islam
itu Aqidah dan Syariah.”
3) Kenapa Allah turunkan
Syariah?
Firman Allah taala:
لقد أنزلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا
معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط
كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من
الظلمات إلى النور
Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada
sesuatu daripada hambaNya. Di dalam ayat pertama disebut: “Agar manusia
menegakkan keadilan,” ayat kedua
“Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.”
Secara ringkasnya, syariah adalah:
كل ما يهدى الناس في الحياة إلى
الطريق القويم والتوازن
Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang
lurus dan sistematik, itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat kebaikan di
dunia, dan di akhirat.
4) Sumber-sumber syariah:
Syariah diambil daripada dalil-dali syarak. Terdapat dua jenis dalil:
pertama dalil yang disepakati. Iaitulah al-Quran yang merupakan sumber yang
paling utama, kemudian sunnah, ijmak dan qias. Jenis yang kedua pula dalil yang
terdapat perselisihan antara ulama seperti amalan umat terdahulu, masaleh
mursalah, istihsan, uruf, istishab dan sebagainya (rujuk kitab-kitab usul fiqh)
Semua sumber-sumber ini sudah memadai bagi menyelesaikan setiap permasalahan
manusia.
5) Apakah perkara yang ( الثابت ) ‘tetap.”?
Perkara yang ( الثابت )
‘tetap’ dan tidak akan berubah adalah yang berkaitan dengan akidah, ibadah yang
asas, akhlak-akhlak yang utama, nilai murni dan perkara (الرذائل ) ‘yang dipandang keji’, halal dan haram,
perkara-perkara yang dasar yang berkaitan dengan individu, mencari pekerjaan
halal, berpakaian menutup aurat, makanan halal, hubungan antara suami isteri,
kaum kerabat, hak-hak asas masyarakat, pemerintah, rakyat dan sebagainya.
(Yakni perkara yang sudah diijmak dan bukan tempat ijtihad)
6) Apakah perkara ( المتغير ) ‘boleh berubah’ dan syarat-syaratnya?
Perkara yang ‘boleh berubah’ adalah selaindaripada perkara
sabit.Iaitulah yang bukannya dari masalah akidah, ibadah, akhlak-akhlak utama,
bukan juga dari hukum qatie yang tidak menerima sebarang perubahan, seperti
masalah pewarisan harta yang sudah disebutkan secara jelas di dalam al-Quran
dan hadis, kerana sudah disepakati oleh seluruh umat.Perkara sabitini tidak
menerima perubahan atau ijtihad.
Perkara mutaghayyir adalah cukup banyak iaitulah segala perkara yang
boleh dimasuki ijtihad.Ia dikaji di dalam ilmu fiqh dengan perbahasan yang
cukup meluas. Daripada sini timbulnya perubahan fatwa. Fatwa boleh berubah
mengikut 4 perkara: masa, tempat, uruf (adat setempat) dan keadaan.
Jadi di sana terdapat perkara yang boleh berubah, dan ada perkara yang
tidak berubah, Iaitulah perkara yang menjadi dasar dan asas agama.
7) Perlaksanaan Syariah
Sebahagian manusia apabila mendengar kalimah undang-undang syariah terus
rasa takut.Seolah-olah syariah tidak mampu memberikan keadilan.Sebenarnya
syariah adalah amat bertepatan dengan nas dan akal manusia.Ia akan dilaksanakan
sebagaimana dilaksanakan undang-undang biasa. Bukan bermakna apabila kita mahu
melaksanakan syariah terus kita memotong tangan pencuri. Saya berpendapat
perkara ini tidak akan boleh terus dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang
terdekat. Kita sebenarnya amat berhajat untuk mendahulukan perlaksanaan dasar,
yang berkaitan dengan akidah, akhlak, ekonomi, ilmu tentang syariah.Terdapat
dua juta penduduk jalanan di Mesir sekarang, yang tidak mempunyai pendidikan.
Adakah apabila kita melaksanakan syariah kita terus akan memotong tangan
mereka? Terlebih dahulu kita perlu mengajar mereka, memberi pemahaman, memenuhi
keperluan terhadap perkerjaan, pengetahuan, dan keperluan asas.Semua ini perlu
dilaksanakan sebelum dilaksanakan hudud.Bukankah Nabi memulakan dakwahnya
dengan membetulkan akidah dan menanam pemahaman selama 10 tahun di
Mekah.Baginda terlebih dahulu menjelaskan halal dan haram, membersihkan jiwa
dan mempersiapkan manusia untuk melaksanakan syariah. Setiap pihak yang akan
memegang tampuk pemerintahan amat perlu memahami perkara ini terlebih dahulu.
8) Berperingkat di dalam melaksanakan syariah
Hukum syariah banyak memberikan contoh kepada tadarruj.Contohnya
pengharaman arak.Arak diharamkan menerusi beberapa peringkat di dalam beberapa
ayat.Lihatlah bagaimana Allah mencipta segala perkara secara
berperingkat-peringkat?pohon anak kecilIni adalah sunnah yang perlu diraikan.
Bukan hudud sahaja syariah Islam. Tetapi banyak lagi hukum hakam syariah yang
lain.
9) Siapakah yang boleh
melaksanakan syariah. Negara atau umat
Sebahagian perkara syariah boleh dilaksanakan tanpa memerlukan
kuasa.Contohnya makan, sembahyang, bekerja, semua perkara ini boleh
dilaksanakan mengikut syariah tanpa memerlukan kepada negara.Adakah saya perlu
menunggu perintah makan, baru saya makan?Tidak.Perkara berkaitan mencari rezeki
yang halal mampu saya laksanakan sendiri tanpa negara.Syariah adalah semua
perkara yang berkaitan dengan mukallaf, buat atau tinggalkan.Adapun perkara
besar seperti hukuman hudud, hanyalah boleh dilaksanakan oleh negara. Jadi,
setiap orang melaksanakan apa yang dituntut daripadanya. Tidak boleh seseorang
melakukan perkara diluar bidang kuasanya.Perintah untuk melaksanakan hudud
dituju kepada seluruh umat.Tetapi yang boleh melaksanakan hanyalah pemerintah.
Jika pemerintah tidak melaksanakan hudud, maka semua akan berdosa. Umat
dituntut untuk memastikan pemerintah melaksanakan hudud.
10) Bolehkan satu golongan
melaksanakan hudud sendiri?
Tidak boleh.Tidak boleh sekumpulan manusia melaksanakan hudud
sendiri.Mestilah negara yang melaksanakannya.
Firman Allah taala:
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله
وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
Ulil Amri adalah ulama dalam bidang kuasanya, dan pemerintah dalam
bidang kuasanya.Pemerintah perlu ditaati di dalam perkara yang Allah taala
perintahkan kepadanya untuk dilaksanakan.Merekalah yang bertanggungjawab dalam
perkara tersebut.Umat pula perlu membantu mereka. Jika kita menangkap pencuri,
kita perlu mengajarkan dia bahawa perkara ini salah, bagaimana cara mencari
rezeki.Kita tidak boleh terus memotong tangannya sebelum asas-asas ini bertapak
kemas.
11) Khilaf antara mazhab
Kebanyakan hukum syariah mempunyai khilaf.Hanya sedikit sahaja yang
tiada khilaf. Sesiapa yang mengkaji ilmu fiqh muqaran akan mendapati kebenaran
kata-kata ini. Setengah orang mengatakan kita perlu berpegang kepada zahir
nas.Tidak.Syariah mempunyai maqasid dan matlamatnya.Maqasid ini perlu diraikan.
Ibnu Taimiyah melarang orang menegah tentera Tartar minum arak. Arak
diharamkan kepada kita kerana ia menyibukkan kita daripada mengingati Allah.
Tetapi arak adalah lebih baik buat mereka, kerana arak menyibukkan mereka
daripada membunuh.Ini adalah satu contoh pandangan terhadap maqasid. Seorang
muslim perlu melihat dimanakah tarjih. Banyak pendapat bukan bermakna kita
perlu mengambil semua pendapat.Tidak.Bahkan kita perlu meneliti yang manakah
lebih rajih, dan mempunyai maslahah yang paling besar untuk manusia.
Kisah Ibnu Abbas, datang seorang bertanya kepadanya “Adakah pembunuh
diterima taubatnya?” Ibnu Abbas melihat wajah penanya dan berkata “Pembunuh
tidak diterima taubatnya.”Sahabat-sahabat beliau hairan dan bertanya
kepadanya.Beliau menjawab “Aku melihat mukanya dipenuhi perasaan marah, dan dia
ingin membunuh seorang mukmin.Maka aku ingin halang dia daripada membunuh.”Maka
Ibnu Abbas telah menutup jalan orang tersebut daripada membunuh.Sedangkan
sebelum itu beliau memberi fatwa bahawa taubat seorang pembunuh diterima Allah.
Daripada sini, para ulama berkata:
الفتوى قبل الابتلاء بالفعل غير
الفتوى بعد الابتلاء بالفعل
“Fatwa sebelum sesuatu perbuatan dilakukan, adalah berbeza dengan fatwa
selepas sesuatu perbuatan dilakukan.”
Lihat rakaman di dalam : http://www.youtube.com/watch?v=5modTQ70vFg
Disediakan oleh :
Mohd Kamal bin Mansor
Felo MANHAL PMRAM
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment