Percaya atau tidak, fatrah
imtihan sebenarnya merupakan satu jangka waktu yang mampu memberi impak luar
biasa dalam kehidupan kita samada dari sudut disiplin waktu, pengurusan diri
mahupun tingkah laku.
Tak percaya?? Jom kita ‘kenali’
diri.
Apabila tibanya fatrah imtihan,
golongan pertama akan berada dalam keadaan tertekan dan mula menyendiri. Mereka
mula mengabaikan sahabat-sahabat di sekeliling dengan menggunakan alasan sibuk
study untuk lari dari rutin kebiasaan seperti ‘giliran memasak’. Keadaan rumah
mula kelihatan seolah-olah seperti gua dan yang paling kronik apabila makan dan
minum sendiri kurang terjaga akibat daripada kesibukan menelaah.
Golongan kedua pula berada
dalam keadaan yang baik kerana mampu untuk mendisiplinkan diri dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang
‘lagha’. Mereka mula menghentikan tabiat chatting dan menyahaktifkankan
facebook serta mampu untuk stay up sehingga awal pagi untuk mengulangkaji.
Tetapi malangnya, mereka telah melambatkan solat dan memendekkan bacaan
Al-Quran untuk menghabiskan bab yang sedang dibaca. Rutin kebiasaan seperti
bangun Qiamullail dan solat berjemaah semakin berkurang akibat kepenatan
mengulangkaji.
Manakala golongan ketiga berada
dalam keadaan lebih baik dan tenang. Mereka mempergiatkan ibadah dan
memperbanyakkan membaca Al-Quran. Mereka sentiasa berusaha untuk membantu
sahabat-sahabat mereka dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
sebaik-baiknya walaupun dalam fatrah imtihan. Mereka sedar bahawa mereka perlu
seimbangkan antara perkara dunia dan perkara akhirat.
Fikir balik, siapa kita apabila
tibanya fatrah imtihan?
Adakah kita telah membawa diri
kepada kerosakan tanpa kita sedar seperti golongan pertama? Atau kita telah
mencuri masa ibadah untuk mengulangkaji dan berusaha untuk menambah ‘bekalan’
menghadapi imtihan sehingga mengabaikan
bekalan akhirat seperti golongan kedua? Ataupun kita telah berjaya meletakkan
diri kita dalam golongan yang ketiga?
Satu golongan yang telah menjadikan fatrah imtihan sebagai satu medan untuk menambah baik
amalan dan mentarbiyah diri untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan perkara kebajikan walaupun setelah
berlalunya fatrah tersebut.
Sebagai seorang muslim,
semestinya kita ingin cemerlang dalam pelajaran. Akan tetapi biarlah kecemerlangan itu diiringi dengan keberkatan dari
Allah SWT. Manusia yang sekadar cemerlang dalam hal pelajaran tetapi tidak
dihiasi dengan iman dan taqwa kepada Allah, adalah tanda-tanda manusia yang
hilang keberkatan dalam menimba pelajaran. Kejayaan hidup manusia tidak diukur
dengan kecemerlangan ‘exam’yang ditempuhi, akan tetapi kejayaan manusia yang
sebenar di sisi Allah adalah ‘taqwa’. Apabila ‘taqwa’ kepada Allah didahulukan,
yakinlah, kejayaan yang diimpikan pasti akan dicapai… InsyaAllah
No comments:
Post a Comment