Perjuangan Islam
pastinya tidak akan disenangi oleh pihak musuh. Pihak musuh akan sentiasa
merancang untuk menyekat kemaraan perjuangan Islam sehingga mereka berjaya
mencabut Islam dari akar umbi dalam diri pemuda Islam.
Penentangan ke atas
perjuangan Islam merupakan lumrah sejak zaman para nabi AS dahulu lagi. Bahkan
tidak ada dalam satu sejarah bahawa perjuangan Islam akan diberikan layanan
yang istimewa. Sedangkan Nabi Muhammad SAW turut mendpat kecaman dan tentangan
daripada bapa saudaranya serta penduduk setempat dengan baginda SAW.
Pihak musuh akan
merancang pelbagai teknik sehingga pemuda Islam melutut di hadapan mereka dan
meninggalkan perjuangan Islam. Hal ini sebagaimana yang diingatkan oleh Allah
SWT di dalam Al-Quran berkenaan perihal kaum Yahudi dan Nasrani serta golongan
yang bersama dengan mereka sesekali tidak akan redha dan berdiam diri melihat
perjuangan Islam sehingga pemuda Islam mengikuti mereka, iaitu meninggalkan
Islam dan identiti Islam dihilangkan dalam diri pemuda Islam.
Maka kita mestilah
mengenali teknik pihak musuh agar tidak terpedaya. Antara pendedahan teknik
musuh ialah :
- Kesatuan Dianggap
Sebagai Taaksub
Pihak musuh tidak akan
senang melihat pemuda Islam yang berjuang bersatu dan mempunyai kesatuan yang
utuh. Mereka akan melemparkan serta memomokkan bahawa kesatuan yang dipegang
oleh pemuda Islam merupakan satu bentuk taaksub.
Mereka yang bersama-sama
dengan gerakan Islam yang sebenar akan dimomokkan bahawa mereka adalah golongan
taaksub. Momokan ini akan dijaja ke seluruh peringkat sehingga pemuda Islam
meragui konsep kesatuan yang sedang dipegang tersebut.
Akhirnya, apabila pemuda
Islam meragui dengan kesatuan tersebut, maka mereka akan memasukkan doktrin
bahawa kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan untuk memecah belahkan kesatua yang
sedia ada sebagai salah satu juga medium yang mesti mereka menerima dalam
kehidupan mereka. Apabila pemuda Islam terpedaya maka mereka akan bersama-sama
dengan kumpulan yang membawa agenda perpecahan sekaligus menyebabkan kesatuan
yang sedia ada runtuh.
Justeru, pemuda Islam
mesti sedar bahawa ungkapan-ungkapan pihak musuh pastinya akan menimbulkan
keraguan. Mereka tidak menyenangi kesatuan yang ada, dengan mereka memomokkan
istilah taaksub. Sedangkan mereka sebenarnya menyeru ke arah kepada perpecahan.
Dan inila realiti yang berlaku bahawa kesatuan itu dianggap taaksub manakala
bersama-sama dengan perpecahan dianggap sebagai toleransi.
Sedangkan Allah SWT
menyebut bahawa bersatu di atas tali Allah (Islam) dan jangan berpecah bela.
Maka pemuda Islam mesti memahami 2 perkara iaitu :
1- Mesti bersatu dan
memberikan komitmen yang penuh terhadap kesatuan tersebut.
2- Menolak perpecahan
dan segala unsur yang membawa kepada perpecahan. Mereka yang bertoleransi serta
bersama-sama dengan perpecahan bermakna mereka sedang menjayakan unsur
perpecahan.
- Mewujudkan Perkumpulan
Baru Yang Menentang
Pihak musuh akan
mewujudkan pelbagai nama perkumpulan baru bagi menarik minat pemuda Islam untuk
keluar daripada kesatuan yang sedia ada. Mereka mungkin tidak mampu
mengharamkan kesatuan yang sedia ada atau tidak berani mengharamkan kesatuan
yang sedia ada kerana bimbang pemuda Islam dapat menghidu teknik perpecahan
yang dirancang. Namun mereka mengelirukan pemuda Islam dengan mewujudkan
perkumpulan baru agar kesatuan yang sedia ada dipecahkan serta dibahagikan.
Akhirnya, berjayalah agenda perpecahan yang mereka bawa.
Pemuda Islam mestil
sedar bahawa pihak musuh tidak kisah sekiranya mereka tidak berjaya mengumpulan
semua pemuda Islam untuk bersama-sama dengan mereka. Mereka hanya mahu kesatuan
yang sedia ada itu dipecahkan sahaja. Itu sudah memadai bagi mereka.
Ibrah atau pengajaran
yang boleh diambil dalam Surah Al-Fil, bagaimana Raja Abrahah yang tidak
menyenangi kewujudan Kaabah di Mekah kerana berjaya menarik manusia serta
pelabur-pelabur ke sana, dan akhirnya Raja Abrahah membina satu bangunan tiruan
yang menyerupai Kaabah bagi mengalihkan pandangan manusia ketika itu daripada
menuju ke Mekah.
Begitu juga dalam kisah
masjid yang dibina oleh kaum munafik
yang digelar di dalam Al-Quran sebagai Masjid Dhirar kerana dasar dibina akan
masjid tersebut adalah untuk memecah belahkan kesatuan yang dibentuk oleh Nabi
Muhammad SAW ke atas umat Islam di Madinah ketika itu.
Ekoran tidak senang
melihat kesatuan umat Islam dan melihat kewujudan masjid yang sedia ada sebagai
medium menghimpumkan para sahabat ketika itu, kaum munafik membina sebuah
masjid bagi memecahkan himpunan serta sekaligus kesatuan yang telah terbentuk.
Dan akhirnya, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW mengenai tpu helah
mereka, lantas baginda SAW membakar masjid tersebut. Hal ini demikian ia
menjadi unsur perpecahan kepada kesatuan umat Islam.
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment