Home » » Hati Sakit VS Badan Sakit

Hati Sakit VS Badan Sakit




Bagaimana kalau kita tiba-tiba jatuh sakit? Nak shopping pun tidak boleh,buat apa pun semua tidak seronok. Tekak kita jadi pahit,selera kita jadi sempit. Ketika itu hidangkanlah makanan selazat mana sekalipun, lidah kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit, yang seronok menjadi suram. Segala-galanya bertukar menjadi hambar. Kenapa begitu?Apakah makanan itu yang berubah rasa atau lidah kita berubah selera?

Sebenarnya makanan tetap sedap tetapi lidah kita yang tidak berupaya merasa kerana badan kita sakit.Begitulah hati kita, apabila degil untuk tidak mencintai Allah. Bukan cinta Allah itu tidak AGUNG,tidak HEBAT, tidak INDAH tetapi hati kita yag sakit tidak akan berupaya menikmatinya. Orang yang degil mempunyai hati yang sakit. Hati yang saki ini jika dibiarkan tanpa dirawat akan menjadi hati yang mati.Tentang hati yang mati Ibn Ataillah Al-Askandari telah berkata:

“…tidak berasa sedih atas luputnya amal ketaatan dan tdak menyesal dengan maksiat yang telah dilakukan..”

Hati yang sakit tidak akan memberi ketenangan kepada empunya. Tanpa ketenangan tidak ada kebahagiaan. Orang yang tidak mencintai Allah pasti tidak akan bahagia dalam hidupnya.”SAKIT” hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal. Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat tidak mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan akhirat.

Jadi,sama-samalah kita menjaga hati kita dari melakukan sebarang kemaksiatan kepada Allah kerana Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kata Saidina Ali

“ Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.”
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger