(
Muhammad
Jibril bin Muhammad Sayuti)
KAHERAH -25 JAN, Tiada lafaz yang mampu diungkap melainkan
kalimah syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan zuriat bagi menyambung perjuangan
Islam di muka bumi ini. Demikianlah yang dirasai oleh pasangan Mohd Sayuti
Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah dengan kelahiran anak pertama mereka pada Jam
3 pagi tadi.
Anak lelaki Kelahiran pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul
Izzah Abdullah selamat dilahirkan secara normal seberat 2.6 kg di Hospital
Fatimah Az-Zahrah, Abbas Al-Aqqad, Madinah Nasr, Kaherah.
Wakil persatuan saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang Dipertua
KPIPM, Saudari Nurhafsah Binti Awalludin, Setiausaha Hewi , Saudara
Muhammad Mujahid Bin Mohamad Fadzil , Ketua Unit Bait Muslim KPIPM serta isteri
dan sahabat yang lain turut berada di Hospital bagi menyambut kelahiran anak
pertama pasangan Sayuti dan Izzah.
Berdasarkan maklumat yang diterima, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada pagi ini.
“KPIPM mengucapkan tahniah kepada pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah dengan
kelahiran seorang putera pada hari ini, 25 Januari yang penuh bermakna bagi
rakyat Mesir iaitu “Hari Revolusi Mesir”. Semoga ini memberikan kekuatan kepada
mereka untuk menghadapi hari yang mendatang. InsyAllah. Ujar Saudara Mohamad
Omar ketika dihubungi sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment