KAHERAH, 1 Jan - Yang DiPertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), saudara Mohammad Omar bin
Adam mengucapkan tahniah di atas pemilihan kepimpinan baru Jawatankuasa
PERUBATAN sesi 2012-2013.
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Memegang satu tampuk kepimpinan adalah satu perkara yang
berat. Sekiranya disusun dengan perancangan yang baik dan berlandaskan Al-Quran
dan As-Sunnah, insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik. Sesungguhnya kepimpinan
itu bukanlah tasyrifan (kemuliaan) namun ianya adalah satu amanah dan taklifan
buat insan itu sendiri.
Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013
Timbalan Presiden 2 PERUBATAN sesi 2012/2013
Sekali lagi kami seluruh kepimpinan KPIPM mengucapkan
tahniah kepada Saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi, Mahasiswa tahun
4, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah dan saudari ‘Aisyah Zahirah Binti
Sukeri juga Mahasiswa tahun 4, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah yang telah
memenangi Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden 2 PERUBATAN bagi sesi
2012/2013 pada Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN baru-baru ini. Semoga dapat
menjalankan tugas dengan cemerlang.
MOHAMMAD
OMAR BIN ADAM,
YANG
DIPERTUA,
KELUARGA
PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR
sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment