Thursday, February 23, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

 Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

Al-Khomeini telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripadaZoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

Tiga tujuan utamanya :
1. Merosakkan Akidah umat Islam
2. Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk

    yang mulia
3. Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah


Kitab kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

 
BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini


Semenjak tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah(puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah, Nasiriah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya Syiah Isna ‘Asyar (puak Syiah yang mempercayai 12 Imam mereka maksum yang diimani oleh Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas :

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai perkara Usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Perkara-perkara tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Raja dan Nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai 
    dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah kafir selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka dikatakan palsu.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, tidaklah disisi Syiah Imamiah mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

 Al-Khomeini ada menyebut : “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti kepada Ali.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]  

5. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).
Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ianya umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

Syiah berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.

Al-Khomeini dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’


Dalam kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikanUsul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.

Dia berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]


Bersambung pada Bab Kedua (Pendirian-pendirian Pelik Khomeini)….


Wallahu a'lam.



Diterjemahkan oleh :

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



 sumber : pmram-manhal




No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...