Sunday, February 19, 2012

Muhasabah Separuh Penggal KPIPM 2012 (MSP '12) : Ukhuwah Bertaut Di Tanta



TANTA, 18 Feb – Jaulah Kepimpinan KPIPM dan Muhasabah Separuh Penggal (MSP ’12)  di Tanta telah berlangsung dengan jayanya seperti yang dijadualkan. Kepimpinan KPIPM yang tiba di Tanta semalam kira-kira jam 11 pagi disambut baik oleh anak-anak perak di Tanta.

Sesi Muhasabah Kepimpinan telah bermula jam 3 petang yang diadakan di Dewan Pelajar Tanta (DPT).   Kehadiran anak-anak perak sekitar 40 orang dalam kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan.


Sambutan yang diberikan dalam kalangan anak-anak perak di Tanta amat menggalakkan. Segala persoalan, cadangan dan muhasabah yang dilontarkan sangat baik dan bermanfaat.
“Saya mencadangkan proses urusan zakat peringkat KPIPM dapat dikemaskini dan lebih memudahkan peringkat ahli di muhafazah  sebagai rujukan”. Berkata seorang mahasiswi perubatan sebagai cadangan.

“Pihak KPIPM sentiasa memberi ruang kepada ahli KPIPM yang berada seluruh muhafazah bagi memberikan pandangan dan cadangan. Maka, medium seumpama ini adalah medan terbaik untuk digunakan”. Ujar saudari Nor Azlina Idris, setiauasaha Badan Penasihat KPIPM di akhir pertemuan semalam.


Semoga pertemuan yang telah berlangsung dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.
  

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM