KAHERAH, 4 Feb - Pihak Keluarga
Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir baru-baru ini telah mengadakan satu program
‘talk show’ bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H. Program bermula dengan
alunan marhaban dan nasyid daripada kumpulan Al-Muhazzirun.
‘Rasulullah Ikon Terunggul Sepanjang Zaman’ merupakan
tajuk menarik program ‘talk show’ pada malam tersebut yang mana menampilkan 3
panel yang tidak asing lagi di bumi Mesir ini, panel pertama Ustaz Mohd Hafizul
Akhbar b. Abdul Rahman, panel kedua Ustaz Mohd Solehuddin b. Safien dan panel
ketiga Ustaz Muhamad Hakimi b.Hussain.
Moderator sedang menanyakan soalan kepada beberapa hadirin di dalam majlis
Panel pertama mengupas berkisar mengenai Rasulullah S.A.W dari perspektif seorang dai’e dan beliau menceritakan bagaimana detik-detik Rasulullah S.A.W menerima wahyu pertama daripada Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril A.S.
Beliau menekankan bahawa detik-detik bersejarah itu bukanlah satu mimpi ataupun emosi semata-mata bahkan ia berlaku kepada baginda S.A.W dalam keadaan sedar dan dakwaan ini menyangkal beberapa pendapat ahli pengkaji barat yang mengatakan Rasulullah S.A.W tidak berada dalam keadaan sedar ketika wahyu pertama diturunkan. ‘Talk show’ diteruskan dengan panel kedua yang menghurai berkenaan Rasulullah S.A.W dari perspektif seorang pemimpin.
Ustaz Jamal Najmuddin di dalam slot Lau Kana Bainana
Beliau menggariskan bahawa Rasulullah S.A.W adalah ikon pemimpin terbaik sepanjang zaman dan menekankan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi bahawa ‘Murobbi bukan Selebriti’ sebagai contohnya Rasulullah S.A.W berdakwah kepada setiap lapisan masyarakat tanpa memilih taraf kehidupan orang yang akan disampaikan dakwah. Beliau juga menekankan sebagai pemimpin perlu mempunyai sifat rendah diri ironinya seperti tanah yang landai.
Selandai mungkin agar air yang di atas dapat mealui tanah yang landai itu dengan lancar dan baik dan akhirnya selamat sampai ke tempat yang di tuju. Panel yang terakhir membawa pendengar memahami dan mengenali baginda Rasulullah S.A.W dari persepektif seorang suami.
Beliau menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W seorang suami yang romantik dan Baginda amat menyayangi kanak-kanak. Dari sudut lain Baginda Nabi S.A.W juga seorang manusia dan manusia itu fitrah pada asalnya dijadikan berpasang-pasangan.
Johan (Akhawat)
Demikian diantara ulasan-ulasan daripada ketiga-tiga ahli panel ‘talk show’ yang dikendalikan oleh gandingan mantap dua moderator Ustaz Zulhafeez b. Ahmad Zahidi dan Ustazah Nor Hamiza bt. Majid.
Seterusnya majlis menjemput Ustaz Jamal Najmuddin b. Sulaiman bagi mengendalikan slot ‘Lau Kana Bainana’ dan beliau telah menayangkan video saat pertemuan Ustaz Haron Din Al-Hafiz dengan Baginda Nabi Muhammad S.A.W di dalam mimpi membuatkan para pendengar tersentuh dan merasakan kerinduan untuk bertemu Baginda Rasulullah S.A.W.
Johan (Ikhwah)
Di akhir program majlis menjemput Yang Dipertua Ustaz Mohamad Omar b. Adam menyampaikan cenderahati kepada semua pengisi dan majlis bersurai dengan sedikit jamuan.
No comments:
Post a Comment