Menurut
sumber maklumat, semakin ramai warga asing yang masuk Islam di Turki terutamanya
bagi mereka yang datang ke negeri itu untuk melakukan perniagaan mahupun
berpariwisata. Beberapa dari mereka masuk Islam disebabkan kerana terpengaruh
oleh lantunan suara azan yang sering terdengar sebanyak lima kali sehari di
Turki.
Sumber
tersebut mengatakan: "Setiap tahun sejumlah besar non-Muslim dengan
peranan penasihat bandar Turki menyatakan mereka masuk Islam dan sebahagian
besar yang masuk Islam tersebut adalah wanita."
Menurut
maklumat yang dikeluarkan oleh kementerian Urusan Agama Turki sekurang-kurangnya
634 orang telah masuk Islam dalam tempoh selama tahun lalu (tahun 2011),
termasuk 467 wanita, yang berusia rata-rata 30 hingga 35 tahun, dan berasal
dari bangsa yang berbeza dari Jerman, Maldiva, Belanda , Perancis, China,
Brazil, AS, Romania dan Estonia.
Di
bandar Kayseri Turki sendiri, sekurang-kurangnya 14 orang telah masuk Islam
selama empat tahun terakhir, termasuk 10 wanita, kata Mufti Besar, Syaikh Ali
Marasyalijil.
"Suara
lantunan azan telah terkesan buat kali pertama dalam sebahagian besar dari
mereka yang menyatakan masuk Islam, dan setelah mendengar suara azan beberapa
dari mereka mula bergerak untuk mencari maklumat tentang agama Islam,"
kata Syaikh Ali, "dan mereka kemudian mula membaca terjemah Al-Quran
sehingga semakin terpengaruh dengan ayat-ayat Al-Quran, "tambahnya.
Sumber
: map2care
No comments:
Post a Comment