Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal
dengan akta pilihanraya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ). Harap
soal jawab di bawah dapat membantu.
Apa itu Akta Pilihanraya ?
Bagi memastikan setiap gerak kerja
pilihanraya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar,
sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut.
Secara asasnya, setiap pendakwaan
itu mesti terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
Apa fungsi akta pilihanraya ini ?
Undang-undang dan
peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan
Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik,
calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan
peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:
• Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
• Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954
(Akta 5)
• Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan
Pilihan Raya), 1981
• Peraturan Pilihan Raya
(Pendaftaran Pemilih), 2002
• Peraturan Pilihan Raya (Pengundian
Pos) 2003
Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga
Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain
yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.
Kenapa terlalu banyak akta
pilihanraya ini ?
Bukan banyak, tapi mengikut sususan
selepas digubal dan dipinda.
Siapa yang layak mengundi ?
Mereka yang layak mengundi ialah, :
1- Seorang warganegara Malaysia
2- Telah mencapai umur 21 tahun.
3-Bermastautin di bahagian
pilihanraya yang ingin didaftarkan.
4-Tidak dihalang / hilang kelayakan
oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Saya sekarang umur 22 tahun, kira
boleh pergi terus mengundi di tempat saya ?
Tidak boleh. kamu kena daftar dahulu
sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Untuk panduan, sila ke laman
ini.
Kalau saya duduk di luar negara
macam mana ?
Daftar pemilih ada kategori. Ada
daftar pemilih biasa, dan ada daftar pemilih Pengundi Tidak Hadir (PTH).
daftar pemilih biasa mereka yang
cukup syarat sebagai pengundi dan daftar untuk menjadi pengundi.
PTH pula untuk mereka tidak ada di
tempat mengundi tetapi nak mengundi. contoh mereka yang berada di luar negara.
Undi akan di Pos, atau maklum dengan Undi Pos.
Maksudnya, saya kena jadi PTH baru
boleh mengundi ?
Ya. dan mereka yang sebelum ni tidak
pernah daftar sebagai pengundi, kena daftar dahulu sebagai pengundi dan baru
boleh daftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Saya sekarang di luar negara, nak
daftar dengan siapa dan macam mana teknikal dia ?
SPR telah mengeluarkan kenyataan
rasmi di web mereka bahawa mereka telah melantik setiap perwakilan di luar
negara untuk menguruskan pendaftaran pengundi di luar negara. Wakil di sini
maksud dia Kedutaan, konsulat rasmi, pesuruhjaya tinggi dan sewaktu dengannya.
teknikal dia, isi Borang A dan
Maklumat Tambahan, bawa kad pengenalan dan pergi sendiri di pejabat kedutaan.
Setiap perwakilan di luar negara
bertanggungjawab untuk menguruskan PTH.
Dokumen apa yang perlu saya bawa
Salinan depan belakang Kad
pengenalan, salinan muka depan pasport, fotostat visa. Isi borang A dan
maklumat tambahan, serta maklumat pengakuan pengajian di luar negara.
Isteri saya menetap di sini
sementara tunggu saya habis belajar, boleh tak dia jadi PTH ?
Ya boleh. Isteri kepada pelajar
sepenuh masa atau kakitangan kerajaan yang berada di luar negara boleh untuk
berdaftar sebagai PTH.
Saya pernah daftar sebagai pengundi
dan sah sebagai pemilih di Malaysia, kira boleh terus mengundi di luar negara ?
Walaupun nama sah sebagai pemilih,
anda tetap TIDAK BOLEH mengundi di luar negara selagi tidak berdaftar sebagai
PTH.
Berapa lama ambil masa untuk
pengesahan selaku pemilih?
Kebiasaan 3 atau 4 bulan mengambil
masa. proses dia mengikut suku tahun.
suku pertama : Januari-Mac
suku kedua : April-Jun
suku ketiga : Julai-September
suku keempat : Oktober-Disember
jadi, daftar segera sebelum
terlambat.
Di tempat saya belajar sekarang ni,
tidak ada sebarang iklan mengenai maklumat PTH ?
SPR telah menyatakan bahawa
perwakilan untuk menguruskan hal tersebut telah dilantik, lampiran perwakilan
mengikut negara boleh lihat di sini.
Boleh tak selepas saya daftar di
luar negara, kemudian pilihanraya seterusnya saya terus pergi mengundi di Malaysia
bila dah pulang nanti?
Tidak boleh. selepas daftar PTH di
luar negara. Nanti pulang ke Malaysia kena tukar dahulu kepada daftar pemilih biasa.
Saya dah nak pulang ke Malaysia, dan
rasanya tak sempat nak mengundi di luar negara, apa saya perlu buat ?
Sebaiknya, kalau tak sempat untuk
daftar PTH sekali pun, buat urusan Daftar Pemilih sahaja. sekurang-kurangnya,
nanti bila pulang boleh terus mengundi jika sempat.
Masa saya nak daftar nanti, saya
boleh pilih untuk mengundi di bahagian pilihanraya mana-mana ?
Tidak boleh. bahagian pilihanraya
mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalan.
Disediakan Oleh :
Naib Setiausaha Agung PMRAM 2011.
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment