Home » » Muhasabah Separuh Penggal 2012 : KPIPM Meraikan Ahli Prihatin Di Zagazig

Muhasabah Separuh Penggal 2012 : KPIPM Meraikan Ahli Prihatin Di Zagazig


KAHERAH,12 Februari –  Seperti yang dijadualkan progam Muhasabah Separuh Penggal dan Jaulah AJKT & HEWI KPIPM telah bertolak ke bumi Zaqaziq untuk destinasi pertama. Rombongan AJKT & HEWI turut disertai oleh Pengerusi Badan Penasihat, Saudara Mohamad Firdaus Bin Aznan dan dua orang penasihat yang lain.

Perjalanan yang bermula pada jam 9.50 pagi dengan dua buah tremco bertolak dari Kaherah dan tiba di Zagazig tepat jam 11.40 pagi di Bait Darus Salam yang disambut oleh mandub dan mandubah.

Program yang dipengerusikan oleh Saudara Akramin Bin  selaku AMP Zagazig  bermula dengan kalam alu-aluan daripada wakil AJKT cawangan Zagazig, Saudara Muhammad Zuhaili Bin Zainal Ali dan diteruskan  dengan ucapan daripada Saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM.



Muhasabah kepimpinan terus dijalankan dengan menjawab persoalan dari anak-anak Perak yang terdiri dari pengajian islam dan perubatan. Majlis berhenti rehat  dan solat asar selama setengah jam sebelum meneruskan muhasabah yang berbaki.

Respon yang diberikan oleh anak-anak Perak di bumi Zagazig amat memberangsangkan dan sekaligus dapat menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka selama ini.
Sesi muhasabah dan cadangan dibuka pada jam 5.30 petang. Alhamdulillah, pihak kepimpinan menerima beberapa muhasabah dan cadangan yang amat berguna untuk gerak kerja kepimpinan pada waktu yang masih berbaki.

Ucapan dari pengerusi penasihat KPIPM mengakhiri majlis muhasabah tersebut dan disusuli dengan sedikit tayangan video dari pihak KPIPM pada jam 6.15 malam. Rombongan jaulah bertolak pulang ke Kaherah pada tepat jam 8 malam selepas solat dan sedikit jamuan.



Pertemuan dengan anak-anak Perak di bumi Zagazig ini bukannya pertemuan yang terakhir. Malah, pihak kepimpinan KPIPM berharap agar pertemuan seperti ini dapat dijalankan lagi bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara kedua-dua pihak  dan demi kelangsungan perjalanan KPIPM itu sendiri.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger