Friday, February 10, 2012

Ehya' Al-jum'ah Medan Latihan Sebelum Turun Ke Medan



KAHERAH, 9 Feb – Perjalanan Program Ehya’ Al-Jum’ah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM diteruskan lagi seperti biasa pada minggu ini. Program mingguan yang menghimpunkan seluruh anak-anak Perak sekitar Kaherah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli disamping memberi latihan kepada anak-anak Perak untuk berhadapan dengan masyarakat apabila pulang ke tanah air kelak.

Program yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A ini telah dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan alunan burdah dan bacaan yasin beramai-ramai diketuai oleh saudara Muhammad Nazreen bin Abdul Razak, khalifah yang bertugas pada minggu ini.

Majlis diteruskan dengan pengisian rohani buat santapan hadirin yang hadir iaitu tazkirah malam Jumaat yang telah disampaikan oleh saudari Nur Hafiza binti Othman, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi KPIPM sesi 2011/2012.

“ Program Ehya’ Al-Jum’ah bertujuan untuk melatih ahli KPIPM dalam menghadapi masyarakat di Malaysia kelak. Jadi, seharusnya taklifan yang telah diamanahkan kepada ahli KPIPM untuk menjayakan program ini hendaklah disambut hebat oleh semua ahli bagi melambangkan persediaan mereka sebagai seorang Azhari ”,  ujar saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang Di Pertua KPIPM sesi 2011/2012 sejurus selepas tamatnya tazkirah pada malam tersebut.

Dalam ucapannya lagi, beliau telah menyampaikan beberapa maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh anak-anak Perak termasuklah isu pembayaran yuran bagi pengajian Markaz Bahasa. Program  diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah dan solat Hajat yang diimamkan oleh beliau sendiri. Majlis pada malam itu berakhir dengan bersalam-salaman dan selawat beramai-ramai.

Ehya’ Al-Jum’ah meneruskan agenda pada keesokan paginya dengan solat Subuh berjemaah serta tazkirah yang telah disampaikan oleh pentazkirah-pentazkirah yang telah ditaklifkan. Bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, tazkirah telah disampaikan oleh saudara Muhammad Fariz bin Ramli, manakala di Musolla Wisma Darul Ridzuan B, saudara Muhamad Amir bin Ghazali.

Program Ehya’ Al-Jum’ah ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman secara berjemaah.



1 comment:

  1. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada Ibu ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Ibu. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Ibu. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

    Saya menghubungi Ibu ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Ibu. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Ibu. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com)untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin,
    Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...