Friday, February 24, 2012

Pengerusi Lembaga Tabung Ithar : Kongsikan Bersama "Pinjaman" Allah S.W.T



Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Hasyr: 9)

     Masih adakah orang yang sempat memikirkan kesusahan orang lain sedangkan diri sendiri juga dalam kesusahan? Masih adakah orang yang dalam kekurangan, memerlukan bantuan, atau tidak memiliki apapun kecuali cukup untuk keperluannya rela membantu  saudaranya yang juga memerlukan bantuan? Masih bersisakah orang-orang baik seperti itu, yang memenuhi keperluan orang lain sedangkan dia sendiri memerlukannya?

      Sahabat sekalian, kita adalah manusia yang hidup di tengah-tengah masyarakat, maka janganlah kita seperti hidup di tengah-tengah hutan sendirian. Marilah kita  belajar “peka” memerhatikan mereka yang serba kekurangan dan yang memerlukan bantuan.Belajar mengamalkan konsep Ithar sesama kita. Belajar untuk mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi.

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 “Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan satu kesusahan di Hari Kiamat, dan barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba selagi hamba itu sudi menolong saudaranya.” (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

     Dengan ini, KPIPM sebagai persatuan yang menaungi anak-anak Perak di Mesir bertanggungjawab menyuburkan semula budaya Ithar di dalam hati semua ke arah melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami konsep Ithar, tadhiyah (pengorbanan) yang  disarankan oleh Islam.

Maka dengan itu, diwujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Ithar dan diuruskan oleh ahli lembaga yang dilantik. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 20 Februari 1998 oleh Presiden PMRAM, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali.


Saya selaku Pengerusi Lembaga Tabung Ithar bagi sesi kali ini menyeru seluruh ahli KPIPM untuk sama-sama kita membantu dan berkongsi keperitan hidup sahabat-sahabat kita yang berada di bumi anbiya’ ini.

Apa salahnya kita menyumbangkan sedikit dari ‘pinjaman’ Allah yang Maha Esa kepada kita dan diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Semoga segala sedekah dan sumbangan yang kita infakkan ini akan menjadi asbab untuk kita bersama dengan orang-orang soleh di dalam syurga nanti. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Kadar kutipan :

LE 85 bagi penerima bantuan penuh dari pelbagai agensi atau mana-mana bantuan.

·         Penerima Dermasiswa MAIPk. (Pengajian Islam)
·         Penerima tajaan JPA dan mana-mana bantuan penuh.

LE 60 bagi penerima bantuan separa penuh dan pinjaman dari pelbagai agensi atau mana-mana bantuan.

·         Penerima Dermasiswa MAIPk. (Perubatan)
·         Penerima pinjaman JPA @ MARA @ SUK @ Yayasan Perak dan mana-mana bantuan separa penuh.

Sebarang pertanyaan, boleh terus merujuk Bendahari Kehormat KPIPM, Mohamad Amirul Fahmi Zulkefli (0114-6550822) dan Timbalan Setiausaha HEWI (Bendahari), Akmal Hafizah Mohamad Fuad (0114-6977303). Harap maklum.



1 comment:

  1. Selamat datang ke 24jam Perkhidmatan Pinjaman

    Pernahkah anda cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tidak berjaya? Segera memerlukan wang untuk keluar dari hutang? Memerlukan wang untuk pengembangan atau penubuhan perniagaan anda sendiri? Mendapatkan pinjaman daripada salah satu daripada syarikat-syarikat pinjaman yang terkemuka di UK. 24jam Pinjaman Perkhidmatan adalah salah satu yang terbesar pinjaman bercagar syarikat-syarikat di UK dan kakitangan yang ramah dan berpengalaman kami dapat memproses permohonan anda dengan cepat dan cekap. Anda boleh meminjam atas apa-apa tempoh 1-25 tahun dan meminjam sebarang amaun daripada £ 2,000 hingga £ 50.000.000,00 untuk sebarang tujuan.

    Jenis-jenis pinjaman yang kami tawarkan termasuk:

    pinjaman peribadi
    Pinjaman jangka pendek
    Pinjaman penyatuan hutang
    pinjaman online
    pinjaman cepat
    Pinjaman apa-apa maksud-
    terma-terma pinjaman
    Pinjaman kredit Bad
    pinjaman murah
    Pinjaman kredit buruk
    pinjaman rumah
    Masalah kredit yang buruk
    pinjaman bercagar

    Dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% pada semua bahagian dunia. Aplikasi terdapat untuk pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi melalui email: 24hourloanservice@gmail.com
    Salam
    Larry Fox

    ReplyDelete

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM