Saturday, February 4, 2012

KOD E-INGREDIENT



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dewasa ini, umat islam diancam dari pelbagai sudut antaranya dari segi makanan. Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan makanan telah dicampur dengan pelbagai jenis bahan-bahan yang tidak diketahui sumbernya samada halal atau haram. Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk memastikan makanan yang diambil adalah dari sumber yang halal. Salah satunya adalah dengan memerhatikan kod E yang terdapat di belakang bungkusan makanan tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan simbol “E” pada setiap kod makanan?

Kod E yang telah digunakan adalah sebagai penunjuk bahan tambahan yang ada di dalam makanan,seperti perasa,pengawet,pewarna dan sebagainya.Ia boleh didapati samada daripada sumber tumbuhan,haiwan atau kimia.

Simbol E yang terdapat di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E.Ini kerana bahan tambahan atau aditif makanan (food additives) tersebut telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah (European Union)

Terdapat juga kod  E yang sama tetapi mengandungi sumber bahan yang berlainan,samada dari tumbuhan atau haiwan.bagi mengenal pasti bahawa makanan tersebut dari sumber tumbuhan adalah terdapat simbol bulat yang berwarna hijau (suitable for vegetarians).

                 Antara simbol suitable for vegetarians di Mesir.

Antaranya adalah :

                                                 ( klik pada gambar untuk lebih jelas)


Antara kod-kod yang lain adalah seperti berikut :

( klik pada gambar untuk lebih jelas)

Semoga dengan panduan ini, sedikit sebanyak dapat membantu sahabat-sahabat dalam memilih makanan yang halal. Sesungguhnya makanan dari sumber yang halal itu menjadi faktor utama keberjayaan di dunia dan akhirat.Renung-renungkan dan selamat beramal.





No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM