Monday, February 27, 2012

Rejim Syria Bunuh 50 Orang Awam



Pasukan rejim Syria terus bertindak kejam membunuh 50 orang awam. Serangan ke atas kubu pertahanan mereka berterusan selama 22 hari berturut-turut. Pasukan rejim membuat pembakaran terbuka di Hama dan Aleppo, di mana beribu-ribu orang awam berkumpul.

Serangan di kawasan kejiranan Homs, Baba Amr, bermula dengan letupan sporadis di kawasan-kawasan dalam bandar.

Saksi memaklumkan seramai 22 orang telah terbunuh di kejiranan tersebut.

Sumber lain melaporkan 23 orang telah terbunuh di Homs, 15 di Hammah dan kawasan kampung berdekatan, 8 orang di Aleppo dan 4 orang di Adelp. Mereka yang terbunuh dilaporkan termasuk 5 orang wanita dan 3 orang kanak-kanak.

Jumaat lalu dilaporkan seramai 99 orang awam telah terbunuh apabila pasukan rejim menyerang kawasan perkampungan dan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berkumpul.

Pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah memindahkan 7 warga Syria yang cedera serta 20 orang wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, Pasukan Palang Merah Lubnan telah memindahkan 10 warga Syria yang lain ke hospital di Utara Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan.

Warga Syria yang cedera telah berpindah ke Lubnan melalui pekan di sempadan negara tersebut, Masharee Al-Qaa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada 7,000 orang telah terbunuh dalam tindakan keras rejim ke atas penunjuk perasaan yang telah berdemonstrasi menentang rejim Syria sejak pertengahan bulan Mac 2011.

Beribu-ribu warga Syria telah melarikan diri ke Lubnan mencari perlindungan daripada keganasan.

Sumber : map2care

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...