Home » » Cahaya Mata Kembar Kedua KPIPM Di Zagazig

Cahaya Mata Kembar Kedua KPIPM Di Zagazig



ZAGAZIG, 12 Februari – Bersempena program Muhasabah Separuh Penggal dan Jaulah AJKT & HEWI KPIPM ke bumi Zagazig, AJK HEWI bersama dua orang penasihat KPIPM berkesempatan menziarahi pasangan cahaya mata kembar kedua KPIPM pada sesi ini.

Cahaya mata kembar yang berusia dua bulan kepada pasangan Sodri Bin Musa dan Farahiyah Bt Abraham Peintkowsky, mahasiswi tahun 3 kuliah Farmasi Universiti Zagazig ini diberi nama Ahmad Assyafie dan Mahmud Assyafie.

Dalam kesempatan tersebut, Ketua Hewi KPIPM turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan tersebut. KPIPM mengucapkan tahniah atas anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semoga zuriat yang dikurniakanNya menjadi pendokong Islam yang dicintai.

“ KPIPM adalah sebuah persatuan yang menjaga seluruh anak-anak Perak di Bumi Mesir. Jadi, menjadi tanggungjawab kepada KPIPM untuk cakna kepada seluruh mahasiswa, samada pengajian Islam maupun Perubatan.”ujar Saudari Nur Farhana Bt Ali, Ketua Biro Kebajikan Kesenian & Riadhah Hewi KPIPM 2011/12.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger