Jordan
telah menyatakan bahawa mereka telah mendirikan sebuah kem pelarian berdekatan
sempadan utara dengan Syria sebagai persedian untuk kemungkinan besar
berlakunya penghijrahan besar-besaran oleh rakyat Syria yang melaikan diri
daripada keganasan yang berlaku dinegara mereka.
Sami
Halaseh dari kementerian jawatan awam mengatakan kawasan kem seluas 323 persegi
(300 meter persegi) yang terletak kira-kira 12 batu (20 kilometer) dari selatan
sempadan, dijangka akan siap dalam masa dua minggu ke depan untuk para pelarian
Syria.
Kem
pelarian tersebut akan dipantau oleh polis penjaga setiap masa. Ini merupakan
kem pertama yang dibuat untuk warga Syria di Jordan sejak pemberontakan
menentang rejim Presiden Bashar Assad di mulai sebelas bulan yang lalu.
Pejabat
bantuan Jordan menganggarkan lebih dari 10.000 pelarian Syria sudah tinggal di
Jordan, kebanyakan mereka tinggal di pangsapuri peribadi. Namun mereka
mengatakan jumlah tersebut akan meningkat apabila serangan yang berterusan di
sesebuah kawasan di Syria.
No comments:
Post a Comment