Thursday, March 22, 2012

Zionis mencederakan seorang kanak-kanak di Rafah



RAFAH - Seorang kanak-kanak Palestin tercedera semalam akibat terkena tembakan dari menara kawalan tentera rejim zionis berhampiran terminal Karem Abu Salem. Sumber menyebut, tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin yang berdekatan Lapangan Terbang Gaza(sudah tidak beroperasi), timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Penyampai berita SAFA menukil dari sumber perubatan bahawa kanak-kanak terbabit, Shuhaib Majed berusia 6 tahun cedera terkena tembakan di bahagian paha kanannya. Luka yang dihadapi Shuhaib disifatkan pertengahan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, menara-menara kawalan dan jentera perang rejim zionis sengaja melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan tanah pertanian di sepanjang garisan sempadan di sebelah timur dan utara Semenanjung Gaza khususnya pada waktu-waktu lewat malam.

Sumber : map2street

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM