Home » » LE88,500 Diserahkan Untuk Syria

LE88,500 Diserahkan Untuk Syria



KAHERAH, 24 Mac 2012 : Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria yang dilancarkan dibawah kelolaan PMRAM pada 16 Februari lalu telah berjaya mengumpulkan sumbangankewangan sebanyak LE 88,500. Sumbangan derma itu termasuk sumbangan mahasiswa dan mahasiswi Perubatan dan Pengajian Islam. 

Salah seorang Anggota Jawatankuasa KempenPrihatin Syria, saudara Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyerahkan bantuankewangan tersebut kepada pihak Ikhwan Muslimin.

Sebelum itu, simbolik penyerahansumbangan derma dari PMRAM kepada Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria diadakan diPejabat PMRAM yang diserahkan oleh Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikandan Kemanusiaan PMRAM saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi kepada saudara Abdul Malik.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil kerajaan peralihan diKaherah. Dalam isu Syria, ketegasan PMRAM dengan jelas mengutuk kekejaman yangdilakukan oleh rejim Basyar dan menyatakan sokongan penuh kepada revolusi rakyat Syria yang lebih 40 tahun di bawah cengkaman kuku besi keluarga Asad.

Saudara Muhammad Abdul Malik yang juga Penasihat PMRAM 2012 berkata, pihaknya akanterus membuka sumbangan derma bagi pusingan kedua. Sambil mengucapkan terima kasihkepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan, jawatankuasa kempen masih mengharapkan sumbangan berterusan kepada tabung kemanusiaan Syria ini memandangkan situasi di Syria masih belum ada tanda-tanda akanberakhir. 

Bahkan pihaknya merancang akan terus menjelajah ke PMRAM cawangan-cawangan sebelum satu program yang dinamakan Kemuncak Jelajah Syria akan diadakan pertengahan April depan.

Sumber : pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger