Friday, March 30, 2012

Takziah Di atas Kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak

Raja Dato' Seri Ashman Shah Mangkat

Ucapan Takziah daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) kepada keluarga Tuanku Sultan Perak di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah kerana serangan Asma di kedimannya di Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.30 pagi(waktu malaysia)

Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan  Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.  di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Sheikh Raja. Dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keampunan. Al Fatihah



No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM