Home » » Gilang-Gemilang Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79

Gilang-Gemilang Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79



Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79 yang di adakan baru-baru ini telah berjaya dilansungkan dengan gilang-gemilang. Selain daripada persidangan yang di sisi dengan pembentangan laporan dan perbahasan usul, PMRAM juga telah menyenaraikan beberapa kategori perwakilan terbaik dan anugerah emas buat ahli PMRAM yang gigih bekerja.

BKAN Selangor dan DPM Shoubra telah dipilih sebagai BKAN dan DPM Terbaik bagi kategori ikhwah manakala BKAN Melaka dan  DPM Zaqaziq adalah bagi kategori akhawat. Keputusan tersebut diumumkan oleh Presiden PMRAM 2011, al-Fadil Ustaz Muhamad Zuhaili B. Saiman.

Para perwakilan juga memberikan tepukan gemuruh tanda penghargaan kepada Pemegang Anugerah Emas 2011 iaitu Ustaz Ahmad Taufiq B. Mohd Dahlan dari Selangor, Ustaz Adlly B. Bokhari dari Wilayah Persekutuan dan Ustazah Masyitah Bt. Razali dari Johor. Kepimpinan PMRAM 2011 mengucapkan sekalung penghargaan di atas penganugerahan yang diberikan atas komitmen dan kesungguhan dalam membantu gerak kerja PMRAM.

Sebaik sahaja perletakan jawatan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2011, Pengarah SPR PMRAM  Al-Fadil Ustaz Adlly B. Bokhari telah mengumumkan kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 2012. Jawatan Presiden PMRAM 2012 dipegang oleh Al-Fadil Ustaz Abdul Aziz B. Ali. Sebanyak lima orang BP dan HEWI kekal turut diumumkan.

Muktamar diteruskan lagi dengan ta’aruf  di kalangan kepimpinan baru dan ucapan sulung oleh Presiden PMRAM 2012. “Tahun ini adalah tahun bersejarah bagi PMRAM kerana buat julung kalinya tiga usul telah disepakati, seharusnya ahli perlu bersama-sama kepimpinan dalam menjayakanya” kata beliau dalam ucapannya.

Muktamar diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Al-Wadi di bawah kelolaan Badan Kebudayaan dan Kesenian Sukan PMRAM. Nyanyian Lagu “Bersama Bersatu” merupakan single terbaru Kumpulan al-Wadi yang memukau para perwakilan. Laungan “KITA PMRAM” daripada para perwakilan yang hadir menunjukkan kesatuan ahli PMRAM dalam memastikan agenda Islam terus dijulang.

Tema pembawakan PMRAM bagi Sesi 2012 adalah “Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan” yang akan terajui oleh al-Fadil Ustaz Abdul Aziz B. Ali.

“Harapan agar muktamar kali ini menjadi wasilah  para perwakilan dapat menambah baik gerak kerja di peringkat masing-masing bersama kepimpinan PMRAM 2012 dalam menjayakan tiga usul yang telah disepakati”, ujar Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79  & Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke-25, al-Fadil Ustaz Ahmad Baihaki B. Rashid.


sumber : pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger