Friday, March 16, 2012

PEMANDU Siri Pertama : KPIPM Membimbing Ahli Berprotokol



 

KAHERAH, 8 Mac- Program Pemantapan Du’at(PEMANDU) Siri Pertama dengan tajuk “Protokol dan Etiket Sosial” telah berlangsung dengan jayanya.

 

Program yang telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi,Wisma Darul Ridzuan A ini turut memuatkan acara gimik perasmian bagi Program Pemantapan Du’at untuk sesi ini dan telah dirasmikan oleh Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi,Badan Pengurus PMRAM 2011 merangkap Penasihat KPIPM 2011/2012 dengan upacara menandatangani kek.

 

Program “Protokol dan Etiket Sosial” yang merupakan program pertama PEMANDU pada sesi ini telah membawa sedikit kelainan dengan memuatkan slot bengkel selepas pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Nur Ahmad Wafi bin Nur Azri.Dalam slot bengkel,para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan modul untuk dibincangkan bersama dan seterusnya beberapa kumpulan terpilih telah diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan.Semua peserta telah memberikan persembahan dan komitmen terbaik dalam menjayakan slot ini.
 

Program kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan deklamasi sajak bertemakan Syria oleh Usrah Al-Muhazirun di bawah kelolaan Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah KPIPM yang merupakan penganjur bersama PEMANDU.Di akhir program,Biro Perumahan KPIPM telah mengumumkan pemenang pertandingan “Baiti Jannati” untuk bulan ini dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua,Ustaz Mohammad Omar bin Adam di bahagian ikhwah dan oleh Ustazah Noor Azimah bt Ahmad Yazi di sebelah akhawat.

 
Keseluruhan program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua ahli KPIPM.Semoga program untuk siri-siri yang akan datang akan terus dijalankan dengan jayanya dalam usaha untuk menggarap tenaga kerja dan menjana generasi pelapis sebagai pemangkin ‘survival’ PMRAM cawangan Perak khususnya,bagi melahirkan pemuda-pemudi Islam untuk melestari ummah.


No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...