Monday, March 12, 2012

KPIPM Menziarahi Ahli Yang Mengalami Masalah Degupan Jantung



KAHERAH,12 Mac -  KPIPM begitu komited di dalam agenda kebajikan kepada ahlinya. Pagi tadi KPIPM melalui wakilnya Saudara Mohammad Omar Bin Adam, Yang dipertua  KPIPM, Saudara Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Timbalan yang dipertua dan Saudara Muhammad Firdaus Bin Aznan, Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sempat menziarahi Saudara Adam Bin Adenan, Mahasiswa  tahun 3, kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah, Kaherah yang mengalami masalah degupan jantung yang tidak normal.

Penyakit yang dihidapi oleh beliau telah mula dirasai sejak sebulan lalu. Namun, semakin kritikal pada minggu ini. Punca yang dikenalpasti adalah akibat persekitaran yang kotor dan cuaca yang terlampau sejuk.

Berikutan perkara tersebut, Hal ini memaksa beliau untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.  Beliau telah mengambil keputusan pulang ke Malaysia petang ini jam 4 petang melalui penerbangan Ettihad AirWays.

Dalam pertemuan tersebut, Saudara Mohammad Omar Adam, Yang Dipertua KPIPM turut berkesampatan  memberikan kata-kata semangat kepada beliau sebelum pulang ke Malaysia.

Pada Akhir pertemuan,  Saudara Mohammad Omar Adam, Yang Dipertua KPIPM telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan beliau.

Pihak KPIPM mengharapkan seluruh ahli KPIPM agar mendoakan kesihatan beliau supaya dapat menyambung kembali pengajian di Mesir. 

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM