Home » » Kenyataan Rasmi YDP KPIPM Berhubung Musibah Yang Menimpa Ahli KPIPM

Kenyataan Rasmi YDP KPIPM Berhubung Musibah Yang Menimpa Ahli KPIPM



Kenyataan Rasmi Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir Berhubung Musibah Yang Menimpa Ahli KPIPM


Berhubung kemalangan yang melibatkan salah seorang ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir pada tarikh 9 Mac 2012. Mangsa bernama Abdul Aziz bin Abdullah, nombor kad pengenalan 920205-08-6357, nombor passport A 24705402.

Kejadian dilaporkan bermula ketika mana Saudara Abdul Aziz Bin Abdullah (mangsa) yang berada di dalam bilik tidur  mengajak saudara Muhammad Amin Bin Nawi (teman serumah) keluar untuk ke kedai. Namun, mangsa keluar terlebih dahulu sebelum sahabat beliau menyusul.

Kira-kira 5 minit selepas beliau keluar terlebih dahulu, Saudara Muhammad Amin bin Nawi,  menjumpai mangsa selepas terdengar suara mangsa memanggilnya daripada bawah lubang lif sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan berhadapan Wisma Darul Ridzuan B.

Ketinggian lubang lif ke bawah daripada tingkat atas bangunan tersebut boleh dianggarkan kira-kira 5 meter. Sejurus itu, beliau turun ke bawah daripada tingkat atas bangunan tersebut dan mendapati mangsa dalam keadaan mengiring, cedera di bahagian kepala dan di kedua-dua belah kaki mangsa dipercayai akibat jatuh.

Mangsa dibawa ke Hospital Ta’min Sihhi. Sejurus tiba di sana, mangsa dikejarkan ke bahagian kecemasan.

10 Mac 2012
Mangsa dipindahkan ke Hospital Universiti Ain Syam Takhassus (Specialist) pula berikutan terdapat pakar bahagian tulang belakang di sana.

Setibanya di sana, mangsa dibawa masuk dan pemeriksaan x-ray sekali lagi dijalankan. Setelah itu, pakar menyarankan agar mangsa dibedah segera kerana kecederaan beliau bersangkutan dengan masalah saraf.


Pada awalnya, saudara Abdul Aziz dijadualkan menjalani pembedahan pada malam tersebut. Namun, ia terpaksa ditangguhkan berikutan tempahan tulang masih belum siap.

11 Mac 2012  

Saudara Abdul Aziz telah dibawa ke bilik pembedahan sejam sebelum waktu pembedahan iaitu pada jam 2 petang bagi beberapa persediaan.

Beliau telah selamat menjalani pembedahan pada jam 5.45 petang dan beliau dibiarkan rehat di wad.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli KPIPM yang membantu dalam menyelesaikan perkara ini.

Saya berharap agar semua ahli KPIPM khususnya supaya berhati-hati dan menjauhi daripada berjalan di kawasan-kawasan pembinaan dan berwaspada dalam menjaga keselamatan bersama.




Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger