Saturday, March 17, 2012

16 Mac 1992- Perintis Lakaran Sejarah Luka PMRAM



Hari ini genap 20 tahun PMRAM dihalau daripada ARMA. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1992 itu merupakanlakaran sejarah hitam yang sentiasa diingati oleh ahli-ahli dan pendokong-pendokong setia PMRAM dalammeneruskan kelangsungan perjuangan PMRAM di bumi Mesir.

Penghalauan PMRAM daripada ARMA ini dikatakan  berpunca daripada pendirian PMRAM yang tidak bersetuju diatas penubuhan persatuan baru pada waktu itu yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) .

Penubuhan persatuan ini diasaskan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah setelah mendakwa bahawa PMRAMyang merupakan persatuan induk mahasiswa Malaysia  semenjak 1930 tidak mampu untuk menyatupadukan suaraanak-anak Melayu di bumi Mesir.

Ekoran daripada peristiwa tersebut PMRAM terpaksa berpindah pusat pentadbirannya di Hayyu Sabie', Madinah Nasr  sehinggalah pada hari ini.

Kesusahan PMRAM hanya pimpinan dan pendokong yang setia sahaja mengetahui perkara tersebut. Dalam keadaan tiada peruntukan khusus darimana-mana pihak PMRAM terpaksa bekerja keras untuk mencari sumbangan dan dana bagi membiayai sewa pejabat PMRAM yang dianggarkanmenelan kos sekitar  LE 38,000 setahun.

Namun begitu, atas dasar pengorbanan dan semangat juang pimpinan dan juga ahli-ahli PMRAM dari dulu hingga kini PMRAM masih terus gagahbertapak di bumi Mesir bagi memberikan kebajikan kepada anak-anak Melayu di sini.

Betapa indahnya tarbiah dan didikan PMRAM terhadap ahli-ahlinya. Kesatuan yang dibina atas dasar kefahaman yang telah diterapkan dari dulu lagioleh generasi kepimpinan.

Sejarah ARMA masih segar dibenak ingatan pendokong ahli PMRAM kerana ia merupakan  simbol pengorbanan dan kesatuan anak Melayu . Jika disingkap detik-detik terakhir PMRAM di ARMA sudah pasti seakan tidak mampu menahan sebak diatas layanan yang telah diberikan.

Di antara usul yang telah disepakati sesi ini dengan sokongan semua ahli PMRAM “ Mengembalikan hak PMRAM di ARMA”  memberikan satugambaran selama 20 tahun PMRAM disingkirkan dan dinafikan haknya kini tiba masanya untuk kembalikan hak pada pemilik yang sebenar.

Bukan bangunan dan tanah ARMA yang menjadi impian PMRAM tetapi anjung ARMA dahulunya menjadi Pejabat PMRAM kini terpaksa berkelana ditanah asing dan memerhati dari kejauhan haknya dipertaruhkan.

TIMBALAN PRESIDEN
[ Ketua Lajnah Perancang & Panitia ]
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM 2012

sumber : pmram.org

1 comment:

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM