Monday, March 19, 2012

Lambang Kesatuan Diaplikasikan Dalam Muktamar Sanawi ke-79



KAHERAH, 19 Mac - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah melansungkanPersidangan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79 bertempat di Dewan Nadi MadinahNasr pada 14 Mac yang lalu.

Sehari sebelumnya telah berlangsungnya Muktamar HEWI PMRAM Kali Ke-25 yangberjalan dengan lancar dan penuh jayanya.

Kehadiran para perwakilan daripada setiap PMRAM Cawangan BKAN mahupun DPMyang mana kehadiran perwakilan hampir mencecah 650 orangmenjadi simbol kebersamaan yang terbina sekian lama.

Turut menghadiri Muktamar Sanawi kali ini Mantan Yang Dipertua PMRAM 1994,  Ustaz Zulkifli B. Mat Yusuf.

Perasmian Muktamar Sanawi PMRAM kali ini  telah  disempurnakan oleh Penasihat PMRAM 2011, Saudara Shahrizan B. Mohd Hazime seawal jam 9.30 pagi. Menurut beliau di dalam ucapan perasmian tersebut “PMRAM merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang membawa agenda Islamseharusnya dipertahankan  oleh semua ahli PMRAM walaupun berubah legasi kepimpinan” .

Pemilihan konsep ulama’ kontemporari kali ini membuktikan PMRAM terus menjadikan ilmu sebagai teras utama di samping terus memacu gerakanmahasiswa di perlembahan Nil ini.

Sidang perbahasan yang menarik dan bersemangat daripada para perwakilan  bermula pada jam 10.00 pagi. Pelbagai lontaran idea dan cadangandiberikan kepada Kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM 2011 dalam memastikan PMRAM terus menjadi wadah kesatuan pelajar daripelbagai bidang di Mesir.

Persidangan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-79 telah berlangsung dengan sempurna dan keseluruhan majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...