Sunday, March 25, 2012

KPIPM Komited Bersama KPT Dalam Isu 9 Mahasiswa Yang ditamatkan Pinjaman



KAHERAH, 24 Mac -Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011
/2012 melahirkan perasaan dukacita di atas tindakan yang diputuskan oleh pihak Yayasan Terengganu iaitu “Penamatan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu” dikuatkuasa serta-merta.

Justeru, KPIPM menyatakan sokongan dalam membantu 9 mahasiswa tersebut dengan sumbangan yang diberikan. Semalam, KPIPM melalui wakilnya Saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian Dan Riadhah telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan individu-individu berkenaan melalui Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani, Yang Dipertua Keluarga Pelajar Terengganu (KPT).

Oleh yang demikian, KPIPM mendesak agar Yayasan Terengganu agar menilai semula tindakan yang telah diambil serta menyambung semula pinjaman kepada 9 mahasiswa Terengganu tersebut.

“Pihak kami cukup optimis bahawa seluruh mahasiswa Islam akan bersama-sama di dalam isu yang dilihat berat sebelah ini. Kita doakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T. dan tabah menghdapi segala cabaran dunia. Amin.” Ujar Saudara Mohammad Omar, YDP KPIPM ketika dihubungi.




No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM