Wednesday, March 7, 2012

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Mahasiswa Ditamatkan Pinjaman YT



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T  Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4).

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan Isu sembilan mahasiswa ditamatkan pinjaman oleh Yayasan Terengganu.

Saya selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2012 melahirkan perasaan dukacita di atas tindakan yang diputuskan oleh pihak Yayasan Terengganu iaitu “Penamatan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu” dikuatkuasa serta-merta.

Surat yang diterima oleh ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir iaitu seramai sembilan orang telah memeranjatkan semua Mahasiswa Islam di Mesir. Bagaimana mungkin berlaku ketika musim kuliah Pengajian Islam dan Perubatan baru sahaja bermula untuk sesi kedua bagi tahun ini.

Pihak kami cukup optimis bahawa seluruh mahasiswa Islam akan bersama-sama di dalam isu yang dilihat berat sebelah ini.  Diharapkan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bukanlah satu laungan retorik semata-mata.

Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...