Home » » Ehya' al-Jum'ah : Marahilud Dakwah Menjadi Peringatan Bagi Pendakwah

Ehya' al-Jum'ah : Marahilud Dakwah Menjadi Peringatan Bagi Pendakwah



KAHERAH, 29 Mac - Dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berketerampilan, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali telah mengadakan program Ehya’ al-Jum’ah yang merupakan program mingguan dan melibatkan seluruh mahasiswa anak Perak yang menuntut di bumi Anbiya’ samada pengajian Islam mahupun pengajian sains kesihatan.

Selesai Solat Maghrib berjemaah bertempat di Wisma Darul Ridzuan A program, Ehya’ Jum’ah telah dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil merangkap Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Mohd Anas Bin Ridzuan mahasiswa  pengajian cawangan Zaqaziq bagi mengkhalifah bacaan yasin secara beramai-ramai.

Selesai bacaan yaasin, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Muhammad Sayuti Bin Ahmad Zawahib sebagai santapan rohani kepada semua hadirin. Beliau telah mengingatkan kepada semua hadirin mengenai tahap kerja-kerja dakwah yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim dalam usaha meletakan Islam itu di tempat yang tertinggi.


Di samping itu juga menyeru kepada semua hadirin supaya mengisi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah serta merebut ganjaran dengan melakukn amal kebajikan.Majlis Ehya’ Jum’ah diserikan lagi dengan tayangan video pendek dari Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM 2011/2012. Tayangan tersebut mengajak kepada melakukan amal makruf seiring dengan nahi mungkar. Tayangan itu juga sekaligus menyeru kepada semua hadirin menjadikan hari jumaat sebagai hari berbahasa arab.

Seruan ini bertujuan untuk menggalakkan semua ahli KPIPM menggunakan bahasa arab dalam pergaulan sesama ahli bagi memantapkan penguasaan berbahasa arab dikalangan mahasiswa Al-Azhar seiring dengan harapan Syeikhul Akbar Doktor Ahmad Taib yang menginginkan semua penutut Universiti Al-Azhar mempu menguasai bahasa arab dengan baik. Selesai solat Isya’ dan solat Hajat berjemaah, semua hadirin bersurai dengan saling bersalam-salaman.


Pada keesokan paginya pula bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh saudari Azaidatul Husna Binti Azahar, mahasiswa pengajian perubatan tahun 1 Universiti Al-Azhar.

Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah telah disampaikan oleh saudari Nor Fadhilah Binti Mohd Nasir mahasiswi pengajian Islam Universiti Al-Azhar. Program Ehya’al-Jum’ah telah ditangguhkan dengan bacaan surah Ar-Rahman secara beramai-ramai.



Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger