Home » » Pencapaian Akademik Tunjang Keilmuwan

Pencapaian Akademik Tunjang Keilmuwan



KAHERAH, 1 Dis - Dalam memastikan pencapaian akademik dipertingkatkan maka perancangan ke arah matlamat tersebut perlu diatur dengan baik agar kualiti thaqafah dapat direalisasikan.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan kesatuan mahasiswa Islam di perlembahan Nil juga tidak terlepas daripada memastikan tahap akademik mahasiswa Islam dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa.

Melihatkan keadaan tersebut, Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM telah menyusun kelas intensif untuk mahasiswa agar dapat membantu pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Perlaksanaan kelas tutorial ini telah dibahagikan kepada 2 zon dan matapelajaran yang diajar adalah berdasarkan kepada kelemahan penguasaan mahasiswa mengikut kuliah masing-masing.

Tenaga pengajar terdiri daripada mahasiswa Malaysia sendiri dan mempunyai latar belakang pengajian melalui tahap pencapaian akademik.

Sumber:pmram.org
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger