Home » » BUNUH 50 ORANG DARI GERAKAN ISLAM "BOKO HARAM" DI NIGERIA

BUNUH 50 ORANG DARI GERAKAN ISLAM "BOKO HARAM" DI NIGERIA



Panglima tertinggi tentera Nigeria, Ozobojka Aaahjerica melaporkan pada Sabtu semalam, bahawa tentera telah membunuh lebih daripada 50 orang ahli-ahli gerakan Islam 'Boko Haram' di dalam pertempuran yang berlaku di bandar Damatturo, timur utara negara tersebut.

Aaahjerica mendakwa - dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah radio tempatan di utara Nigeria - 'Boko Haram' mengalami kekalahan yang teruk dalam pertempuran tersebut.

Beliau menambah: "Terdapat konfrontasi besar berkenaan 'Boko Haram' di Damatturo berdasarkan siasatan, kami kehilangan 3 orang askar kami manakala 7 orang cedera, tetapi kami dapat bunuh lebih 50 orang daripada mereka."

Laporan awal menunjukkan bahawa pertempuran meletus antara pasukan keselamatan Nigeria dengan ahli gerakan Islam 'Boko Haram' pada petang Jumaat dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya 19 orang.

Konfrontasi antara pasukan keselamatan dan 'Boko Haram' semakin kerap berlaku bermula 2 minggu lepas, dengan konflik yang semakin buruk di utara Nigeria.

Olahan sumber: map2care
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger