Dengan
nama ALLAH yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang. Setinggi kesyukuran
dihadapkan kepada ALLAH Taala atas kurniaan nikmat iman, islam dan masih
diberikan nikmat nyawa untuk terus menghembuskan nafas-nafas Islam untuk
menyampaikan dakwah. Dalam menyampaikan dakwah-dakwah Islam kita diseru untuk
lakukannya secara berjemaah kerana disitu akan wujudnya kekuatan.
Antara
tunjang kekuatan dalam berjemaah ialah Ukhuwwah. Inilah antara agenda
utama apabila Rasulullah sampai ke Madinahal-Munawwarah iaitu membina ikatan
ukhwah antara Muhajirin dan Ansar.
Firman
Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya
orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat : 10)”
Apakah
itu ukhwah? Ukhwah ataupun persaudaraan menurut Imam Hassan Al-Banna
ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah
adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara
iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan
perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang
yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi
ialah mengutamakan orang lain.
Ukhwah
Islamiyyah berkonsepkan persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan
mardhatillah di mana ia merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah Taala.
Dialah yang melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci.
Firman
Allah swt yang bermaksud:
“Dan
Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau
belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat
juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah
menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Ukhwah
merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan
kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan
hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah.
Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah
bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia
kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan
begitu juga sebaliknya.
"Dan
ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu
kerananikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran:
103)
APA
YANG DIPERLUKAN DALAM UKHWAH?
Dalam
berukhwah hendaklah mengikuti beberapa syarat yang digariskan oleh
Islam, antaranya ialah:
1. Ikhlas
Ukhwah
hendaklah dibina berlandaskan keikhlasan semata-mata kerana Allah Taala. Ukhwah
yang dibina dari keikhlasan bebas dari sebarang elemen atau sifat
kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Suatu hari, seseorang
melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu
kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di
tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut,
Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak
mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya:
“Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab:
“Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu
berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang
dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti
engkau mencintai saudaramu.”
(hadith riwayat Muslim)
(hadith riwayat Muslim)
2.
Disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.
Seseorang
Muslim mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat
membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya kerana seorang sahabat
diumpamakan seperti cermin yang dapat dilihat padanya kecantikan dan
kejelekan. Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wasallam telah
menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang
disabdakan baginda yang bermaksud:
“Perumpamaan
orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah
seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur
tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan
kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat
bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi,
mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau
yang tidak elok (daripada besi tersebut).”
(Muntafaq
‘Alaih)
Namun
yang demikian bukanlah bererti seseorang yang soleh tidak boleh untuk bergaul
dengan yang kurang baik atau kafir tetapi haruslah memelihara diri dari
terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik bahkan jadikan mereka
sebagai mad’u untuk kita kembalikan mereka kepada jalan Allah Taala.
3. Mereka
yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam
Syarat
yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka
dengan peraturan ataupun manhaj Allah Taala sebagaimana yang terdapat di dalam
ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk
kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam.
Sebagaimana
sabda Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Dan dua
orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan
berpisah keranaNya”.
Jika
disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka
tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr
dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang
menunjukkan bahawa mereka berkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas
dasar keimanan serta amal soleh.
4. Mempraktikkan
amalan nasihat-menasihati
Sebagaimana
yang difirmankan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Asr yang bermaksud :
“Demi
masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan
berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”
5. Saling
tolong-menolong dalam susah atau senang.
Di
dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang amat penting sebagai asas kepada
perjuangan. Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat telah
menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka.
Sabda Rasulullah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Perumpamaan
orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai
adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa
sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq
‘Alaih)
Ibnul-Mu'taz
pernah mengungkapkan : "Siapa yang menjalin persahabatan, nescaya
sahabatnya itu akan menjadi penolong baginya."
Yang
demikian itu adalah di antara syarat-syarat yang digariskan dalam satu hubungan
persaudaraan yang di bina agar ianya menjadi satu ikatan akidah yang
berkekalan.
HAK-HAK
DALAM BERUKHWAH
Dalam
berukhwah juga perlu diingatkan bahawa ianya mempunyai hak-hak yang perlu
ditunaikan dalam memastikan ukhwah itu berkekalan antaranya ialah :
a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.
Saudara
Muslimku yang dikasihi Allah Taala, pergaulan baik adalah faktor
penyebab kekalnya ukhuwah.
"Pergaulan
baik" merupakan ungkapan yang menghimpun seluruh sarana yang dapat
meningkatkan hubungan antara diri kita dan sahabat. Dapat pula diertikan
sebagai akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah shollallahu 'alaihi
wa sallam dalam wasiatnya:
“Bertakwalah
kepada Allah dimana saja engkau berada. Ikutilah kejelekan itu dengan kebaikan,
nescaya kebaikan tadi akan menghapus kejelekan, dan berakhlaklah kepada manusia
dengan akhlak yang baik.”
Banyak
sekali ungkapan ulama-ulama terdahulu yang membicarakan tentang pergaulan
baik
dan kewajiban seseorang terhadap sahabatnya.
Abu
'Atahiyah berkata: Ali Ibnu Haitsam ditanya, "Apa kewajiban seseorang
terhadap
sahabatnya?"
Ia menjawab: "Menyimpan rahsianya, simpati ketika dalam kesusahan, dan
memaafkan
kesalahannya."
Seorang
dari suku Quraisy berkata: "Bergaullah dengan manusia sehingga jika
engkau
jauh,
mereka merindukanmu, dan jika engkau mati, mereka menangisimu."
Ini
merupakan ungkapan yang amat berharga, membuka peluang seluas-luasnya untuk
terus berpacu dan berijtihad dalam mencari sarana-sarana yang dapat
merealisasikan pergaulan
yang
baik.
Adapun
dalam melayari bahtera persaudaraan ini akan ada pasang surutnya tetapi sebagai
muslim yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah perkara ini adalah
ujian bagi penguat ukhwah itu sendiri dan untuk menghadapinya perlu mengenal
pasti virus-virus atau noda-noda perosak ukhuwah yang harus di
hindari tidak lebih dari usaha agar mampu mewujudkan pergaulan yang baik di
antara kita.
VIRUS
DALAM BERUKHWAH
Antara
virus-virus ukhwah ialah :
1.
Tamak akan kenikmatan dunia.
2.
Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.
3.
Tidak santun dalam berbicara
Contoh
: berbicara dengan nada suara yang tinggi atau menggunakan kata-kata yang kasar
tidak
mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika berbicara atau memberi salam,
tidak
menghargai
keberadaannya
4.
Sikap acuh
5.
Mengadakan berbicaraan rahsia
6.
Keras kepala dan enggan menerima nasihat
7.
Sering berbantah, bersikap sombong dan kasar
8.
Memberi teguran di depan orang lain
9.
Mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan berdendam dengki
10.
Membuka aib
Kesimpulannya,
setelah mengetahui syarat-syarat yang diperlukan dalam membentuk ikatan ukhwah,
hak-hak yang perlu ditunaikan untuk memastikan ukhwah berpanjangan dan
noda-noda ukhwah yang harus dijauhi dalam pembinaan ukhwah itu, perkara-perkara
ini harus dipraktikkan dalam kehidupan muslim itu bukan hanya dijadikan teori
yang hanya ditatap tanpa tindakan.
Wallahu
‘alam.
Disediakan
oleh :
Nuraini
binti Abdullah
Timb. Pengerusi HEWI
Keluarga Penuntut Terengganu,
PMRAM Cawangan Terengganu.
Timb. Pengerusi HEWI
Keluarga Penuntut Terengganu,
PMRAM Cawangan Terengganu.
Disemak
oleh :
Felo
MANHAL PMRAM
Sumber
: manhal pmram
ReplyDeleteemail:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]