Home » » Kepentingan Berorganisasi Dalam Islam

Kepentingan Berorganisasi Dalam Islam

 

Sepertimana yang kita ketahui, pada akhir-akhir ini Umat Islam sering dikaitkan dengan pelbagai pengkhabaran yang negatif  seperti kemunduran,keganasan dan lain-lain lagi.

Sebagai seorang  yang menganut agama Islam dan  hidup sebagai seorang muslim tidak dapat tidak kita seharusnya bersedia memberikan sumbangan untuk kemajuan  Islam. Hal ini juga disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sepertimana sabda baginda yang bermaksud :

Siapa yang menyebut tiada tuhan melainkan Allah (penyaksian Syahadah) maka dia adalah Daie’ (pendakwah)”.

Melalui sabda beliau ini menunjukkan bahawa setiap umat Islam itu adalah seorang penyampai risalah Islam.

Maka salah satu daripada cara untuk kita memberikan sumbangan kepada umat Islam khususnya dan kepada agama Islam amnya adalah dangan melibatkan diri kita dengan organisasi Islam yang mana tujuan penubuhan mereka adalah untuk membangunkan  kemajuan Islam dalam segenap aspek dan juga ummah Islam itu sendiri.

Penglibatan kita dalam organisasi Islam ini juga seiring dengan firman Allah S.W.T didalam surah Al-Maidah ayat ke-2 yang bermaksud :

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong menolong dalam membuat dosa dan permusuhan” .

Bilamana kita melibatkan diri kita dengan organisasi islam ini kita dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain secara lebih akrab, dengan itu jalinan ukhwah yang terjalin akan menjadi lebih utuh dan sacara tidak langsung perkara ini membantu menguatkan Agama Islam itu sendiri kerana bak kata pepatah melayu “ Bersatu teguh, bercerai roboh” begitulah jua keadaan Islam jika kita bersatu. Malah Allah S.W.T juga berfirman di dalam Al-quran pada surah Ali Imran ayat 103 yg bermaksud :

Berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama)Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”.

Ini menunjukkan Allah S.W.T menyuruh kepada semua bukan hanya sebahagian dari umat Islam sahaja.

Bilamana kita dapat bersatu di dalam sebuah organisasi, segala gerak kerja untuk membangunkan Islam akan dapat dilaksana dengan mudah seperti bak kata pepatah melayu “yang berat sama dipikul,  yang ringan sama dijinjing”. Malah kita juga dapat bergerak dengan lebih cepat serta dapat memperluaskan skop gerak kerja Islam.

Selain itu juga, dengan melibatkan diri kita dengan organisasi Islam kita berpeluang membantu saudara seagama kita yang menderita ditindas seperti di Somalia, Palestin dan di negara-negara yang mengamalkan diskriminasi terhadap umat Islam. Hal ini seiring dengan  Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara”.

Malah untuk menggambarkan betapa pentingnya persaudaraan didalam Islam itu, Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“Tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya (saudara sesama Muslim), sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”(hadis riwayat al-Bukhari).

Dengan itu kita dapat menyumbang sama ada melalui kewangan, khidmat perubatan, bekalan makanan dan sebagainya.

Dengan melibatkan diri kita dengan organisasi Islam kita dapat membantu menyumbangkan buah fikiran dalam sesebuah tindakan untuk membangunkan sebuah sistem kemasyarakatan yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah. Yang mana ianya merupakan langkah pertama kapada terbentuknya sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat yang berlandskapkan kehidupan Islam yang sebenarnya dengan pelaksanaan sistem perundangan Islam yang berteraskan panduan Al-Quran dan As-Sunnah secara menyeluruh. Dengan ini, secara tidak lansung wujudlah modal insan ummat Islam yang benar-benar bertamadun dan berkualiti yang akan berjuang untuk agama Islam yang Allah redhai ini.

Konklusinya, pelbagai perkara dapat kita sumbangkan untuk Islam dan juga umat Islam melalui penglibatan kita dengan organisasi Islam sebagai satu wasilah untuk  kita mencari redha Allah S.W.T. Oleh itu merilah kita jadikan KPIPM sebagai salah satu wadah untuk kita menyumbang kepada kemajuan Islam dengan cara berorganisasi. Sayangi KPIPM, sayangi PMRAM dan sayangilah ISLAM.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger