Saturday, December 31, 2011

BTKKR : Islam Dan Kesihatan


Islam merupakan satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan . Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal . Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana ‘sihat’ merupakan anugerah berharga dari Allah . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (hadis riwayat bukhari)

Apabila kita membicarakan mengenai kesihatan, pastinya riadhah adalah pilihan utama kita untuk menjadi seorang individu yang sihat tubuh badan .

 Namun perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya, kadangkala kita akan diuji dengan sedikit kesakitan . Ini kerana , fenomena pemakanan hari ini yang tidak berapa sihat walaupun sedap, ditambah pula dengan pencemaran udara dan lain-lain , maka jika pun beriadhah ia boleh juga menyebabkan tidak sihat.

Akhirnya ,jika kita dalami dengan sebenar-benarnya , kita akan merasakan “sesungguhnya perlindungan yang boleh menyembuhkan serta yang melindungi dari bahaya penyakit itu hanyalah Allah sahaja”.



gambar hiasan

Oleh itu , disamping kita menjaga pemakanan, emosi dan lain-lain , kita juga perlulah berusaha beribadah dengan sebaik mungkin juga memanjatkan doa kepada Allah s.w.t dan ia perlulah dilakukan dengan seikhlas dan sekhusyu’ yang mampu . Kita juga boleh merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang perubatan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan , maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (hadis riwayat Ahmad dan Muslim)



No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM