Mengasaskan sebuah persatuan bukanlah sesuatu yang susah,
namun untuk mengekalkan sebuah persatuan ia amatpayah dan banyak halangan serta
dugaan yang perlu dihadapi.
Seperti yang diketahui umum, PMRAM adalah sebuah persatuan induk dan tertua di Mesir dan
sehingga kini sudah berusia melebihi 81 tahun. Pelbagai mehnah dan tribulasi
yang ditempuhinya sejak penubuhan awal dari tahun 1930sehingga hari ini, namun
ia masih kukuh berdiri sebagai sebuah persatuan yang menjaga kebajikan dan
kesatuan pelajar di Bumi Mesir.
Walaupun banyak tribulasi yang dihadapi oleh PMRAM dan
ahlinya,ia bukan alasan untuk persatuan ini kecundang malah menjadikan PMRAM
sebuahpersatuan yang sangat matang dalam menghadapi siri-siri kehidupan.
Antara salah satu perkara yang menjadi isu penting dan
masih menjadi pertanyaan adalah
dimanakah hak PMRAM ke atas Rumah Melayu Abassiah atau lebih dikenali sebagai
ARMA.
Sesunngguhnya,PMRAM
sendiri telah banyak melakar sejarah.Pada tahun 1956,telah berlaku
peperangan 3 serangkai di Mesir telah membuatkan seramai 65 orang wakil
daripada pemuda-pemuda Melayu (PMM),sebelum ditukar nama dengan PMRAM, secara sukarela
atas dasar keprihatinan telah membantu pihak Mesir.
Peperangan itu telah mendapat kejayaaan pada Mesir dan telah
membuatkan kerajaan Mesir pada ketika itu menghadiahkan sebidang tanah sebagai
tanda terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Tanah yang asalnya
di Tahrir kemudian ditukar ke Abbasiah yang kini telah dinafikan hak PMRAM ke
atasnya.
ARMA yang juga suatu
ketika dulunya dibina atas nama kebajikan pelajar telah ditukar dengan
penswastaan. Ini semua adalah dari kerja tangan-tangan yang tidak bertanggung
jawab demi mengaut keuntungan dan kepentingan sendiri.
Bukan tiada usaha untuk mendapatkan semula hak PMRAM di
ARMA.Namun semua usaha yang dilakukan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pernah pada tahun 2009 ketika rombongan Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah
Ahmad Badawi mengadakan lawatan ke Mesir, turut diadakan pertemuan bersama
pelajar Malaysia.
Sebagai usaha, PMRAM telah menghantar surat untuk mendapat
kebenaran memiliki semula Pejabat PMRAM di ARMA, Namun tiada respon positif
yang diperolehi.Bahkan sehingga PMRAM masih lagi tidak diberi kebenaran untuk
mendudukinya.
Amat menghairankan apakah untuk memasuki rumah sendiri perlu
mendapat keizinan?. Sedangkan telah ada perjanjian yang disepakati dan dipersetujui
secara bersama dalam hal ini.
Tapi amat malang demi kepentingan sesetengah pihak, ada
pihak lain yang teraniaya. Bahkan perjanjian yang dimeterai secara bersama
suatu ketika dulu telahpun dimansuhkan.
Sehingga kini ARMA masih lagi sunyi daripada
aktiviti-aktiviti kerohanian seperti usrah, kelas-kelas pengajian. Budaya pentingkan
diri sendiri dan sikap ‘ananiah’ dikalangan penghuni ARMA semakin menebal
berikutan ketiadaan usaha-usaha dakwah dan program-program yang menautkan dan
memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan penghuni.
Jika dahulu, surau di ARMA amat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang menonjolkan
nilai-nilai islam. Namun kini suasana seperti itu masih lagi tidak kelihatan
dan sepi.Dan jika ada sekalipun, ianya
tidak mendapat sambutan yang memuaskan.
Namun begitu, PMRAM tidak akan mendiamkan diri atas
pencabulan hak yang berlaku dan masih berusaha untuk mendapatkan semula hak
yang menjadi milik kita walaupun amat sukar jika dilihat dengan mata kasar.
Namun, semua itu tidak mustahil dengan kerjasama yang
diberikan dan usaha- usaha yang dilakukan.
Semoga impian untuk mendapatkan semula hak yang dinafikan
selama ini menjadi kenyataan demi menjaga kesatuan dan kebajikan ahli serta
menjiwai kesukaran yang dirasai oleh mereka yang terdahulu.
“Hak
kita, Jasa Mereka”.
Siti
Nor Hamiza bt Sarman
Timbalan
Ketua Gerak Gempur & Tugas-tugas Khas
Unit
Panitia ARMA 2011
sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment