KAHERAH, 5 DIS- “Muharram Dira’I, Ibrah Dihayati”
demikian tema bagi program Ehya’ Muharram 1433 H anjuran Biro Dakwah Dan
Tarbiah dengan kerjasama Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM. Aktiviti Ehya’
Muharram 1433 H telah berjalan seperti yang dirancang. Baru-baru ini, telah
berlangsung program Motivasi dan Teknik
Menjawab Soalan sebagai persediaan seluruh ahli KPIPM untuk menghadapi
peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Program
telah bermula selepas solat maghrib dengan majlis iftor jamaie sempena berpuasa
hari `asyura. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program pada malam itu ialah Saudara Mohd Hafizzul Azri b. Azman, Badan Pengurus angkat KPIPM dan Saudari Nurul Nadhirah binti Aw. Mohd Nor, HEWI angkat
KPIPM . Motivasi pada malam itu telah disampaikan oleh Saudara Abdul Hadi bin
Jusoh, Mahasiswa tahun 2, Maahad Qiraat, Syoubra.
Selesai sahaja slot
motivasi berlangsung, slot teknik menjawab soalan telah diadakan mengikut
kuliah masing-masing. Setiap kuliah
telah dipimpin oleh mentor-mentor yang berkaliber. Mentor bagi kuliah Syariah ikhwah
adalah Saudara Ibnu Abbas b. Azizuddin. Manakala sebelah akhawat Saudari
Norazlina bt. Idris. Selain itu, bagi kuliah Usuluddin adalah Saudara Adam b. Adenan. Manakala, sebelah akhawat, Saudari Noriah
bt. Mohd Zahid. Seterusnya, bagi kuliah Bahasa Arab ikhwah adalah Saudara
Zulhafeez b. Ahmad Zahidi. Manakala, sebelah akhawat Saudari Saidatul Yuhanis bt. Dahwani. Mentor kuliah
Perubatan pula dipimpin oleh Saudari Nihal bt. Mohd Tarmizi
“KPIPM
sentiasa berusaha untuk memastikan supaya ahli-ahlinya mendapat persediaan
secukupnya dari sudut mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan. Jadi, dengan medium motivasi ini
ambillah segala azimat yang telah dicurahkan demi kecemerlangan akademik kita
bersama”. Berkata Saudara Mohammad Ainuddin, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah
ketika di akhir program.
No comments:
Post a Comment