KAHERAH,8 Disember – Ahli KPIPM sekali lagi
dihidangkan dengan motivasi selepas motivasi kali pertama oleh Ustaz Abdul Hadi
Bin Jusoh di rumah Perak baru-baru ini. Motivasi ini salah satu pengisian di dalam
Ehya’
Muharram 1433 H anjuran Biro Dakwah Dan Tarbiah dengan kerjasama Biro Pelajaran
Dan Ilmiah KPIPM.
Program motivasi pada kali ini disampaikan oleh mantan Yang Dipertua KPIPM iaitu Dr Jamnul Azhar Bin Mulkan. Beliau juga lepasan mahasiswa Kuliah Perubatan dan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Motivasi tersebut berlangsung selepas membaca Surah Yasin, solat isya’ dan solat sunat hajat secara berjemaah.
Pengisi banyak memberi semangat dalam menuntut ilmu sama ada
dalam aliran agama atau perubatan. “Sebagai mahasiswa perubatan, tidak dapat
tidak perlu mengetahui serba sedikit mengenai hukum syariah. Hal ini demikian
kerana seorang doktor pasti berhadapan dengan pelbagai golongan pesakit. Jadi, sebagai seorang doktor muslim perlu
menjaga atau merawat pesakit tanpa melanggar hukum syara’. “tegas Dr Jamnul
Azhar.
Beliau juga menegaskan “ menuntut ilmu ini hanya
satu tujuan iaitu untuk UMMAH bukan untuk diri sendiri.” Jadi, walau apapun
kesusahan yang menimpa ketika menuntut ilmu kita perlu menghadapinya dengan
sabar kerana semua itu perkara biasa bagi seorang penuntut ilmu
Dalam motivasi itu juga, beliau sempat menceritakan peristiwa
hitam dalam kehidupannya sebagai mahasiswa, bilamana beliau hampir-hampir
dibuang universiti ketika menjadi kepimpinan dalam KPIPM. Ini semua berlaku
kerana fitnah yang dilemparkan kepada beliau ketika mempertahankan persatuan
yang kita naungi sekarang.
Akhirnya, KPIPM berharap dengan kalam-kalam motivasi yang
dilontarkan pada malam tersebut dapat membangkitkan semangat anak-anak Perak
khususnya dalam menuntut ilmu untuk masa depan ummah.
No comments:
Post a Comment