KAHERAH,17 Disember- Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah sesi 2011/2012 telah berjaya menganjurkan ziarah masyaeikh dan jaulah makam auliya’ sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Seramai 32 peserta ikhwah dan 42 akhawat telah mengikuti jaulah tersebut diiringi musyrif mutazawijin iaitu Saudara Muhammad Mujahid Bin Muhammad Fadzil dan Saudari Syahidatul Akmal Binti Hj Mohd Dahalan. Turut serta saudara mohamad Firdausi bin Fauzi selaku musyrif di sebelah ikhwah.
Rombongan jaulah bertolak dari Wisma Darul Ridzuan tepat jam 8.30pagi dengan sebuah coaster dan tiga tremco. Antara destinasi jaulah adalah ke maqam Syeikh Soleh al Ja’fari, maqam Saidina Husein, maqam Ibnu Hisyam, Imam Syafie, Sayyidah Zainab, Sultan Hanafi dan Sayyidah Nafisah, Ibnu Atoillah As-Sakandari.wali soghir dan banyak lagi.
Rombongan juga berkesempatan mendirikan solat jenazah Syeikh I’mad di Masjid Azhar. Jaulah tersebut berakhir dengan melawat perkuburan orang Malaysia iaitu perkuburan Sri Kledang di Hayyu Asyir antaranya Allahyarham Fareez Izhar yang meninggal baru-baru ini.
Peserta ikhwah pada hari tersebut berpeluang menziarahi Syeikh Abdul Karim Al-Yamani di Darrasah. Kalam berharga yang diberikan oleh syeikh menyuntik semangat kepada peserta yang menyertai jaulah pada hari itu.
“Semoga jaulah kali ini dapat memberi seribu manfaat kepada ahli KPIPM serta dapat mengambil ibrah daripada sejarah hidup para auliya terdahulu. Di harapkan ia tidak hanya terhenti di sini kerana kebergantungan kita kepada Allah sebagai seorang mukmin itu perlu pada setiap masa dan tiada hadnya tidak kira imtihan ataupun tidak. Semoga doa-doa kita diterima oleh Allah dan memperolehi kejayaan hasil usaha yang gigih, doa dan tawakal kepadaNYa pada imtihan yang hampir tiba ini.”ujar Ustazah Nor Atikah Bt Hamdan, Ketua Biro Perhubungan, Sambutan & Rehlah HEWI KPIPM.
No comments:
Post a Comment