Hijrah Nabi SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah merupakan satu tanda aras bagi kejayaan Islam.
Peristiwa hijrah merupakan peristiwa yang besar dalam sejarah Islam, kerana memperlihatkan konsep bagaimanasesuatu negara yang diperintah berdasarkan sistem Islam yang menyeluruh di era Madaniyyah selepas prosespembinaan para pejuang di era Makkiyah.
Hijrah bukanlah pelarian sebagaimana yang cuba didoktrin oleh
pihak musuh, namun hijrah adalah suatu gerak kerja
yang tersusun dalam gerakan Islam demi mencapai
cita-cita iaitu menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Pada hari ini, umat Islam sentiasa dituntut untuk melakukan
hijrah, samada di peringkat individu, masyarakat atau negara.
Hal ini demikian kerana, meraka yang berhijrah adalah mereka
yang sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencapai hasil yang lebih baik dari
masa ke semasa.
Sebab itulah, baginda SAW menyebut :
"Tiada lagi hijrah (dari sudut perpindahan tempat),
melainkan (hijrah dari sudut) niat dan jihad"
Di sini kita lihat, bahawa niat serta jihad (atau erti kata
lain, gerak kerja) mesti ada peningkatan dari satu tahap ke satu tahap kerana
Islam itu relevan pada setiap masa dan merangkumi segenap aspek.
Justeru, sekiranya umat Islam hanya statik dan berada di satu
tahap sahaja, tanpa perubahan peningkatan, maka umat Islam akan terkandas.
Oleh kerana yang demikian, hijrah merupakan suatu kewajipan
dalam mencapai agenda Islam. Sebagaimana juga marhalah dakwah, bermmula dengan
satu tahap dan mesti dirancang untuk ke tahap yang seterusnya. Bermula dengan
individu muslim kemudian bait muslim, masyarakat muslim,negara Islam dan yang
terakhir iaitu Islam dijunjung dan menjadi penyelamat bagi manusia sekalian
alam yang berada di bawah naungannya.
Inilah konsep hijrah, yang menyeru kepada umat Islam untuk terus
bergerak maju kehadapan. Bukan statik, bukan juga terkebelakang.
Firman Allah SWT :
"Orang yang beriman, dan berhijrah, serta berjuang di jalan
Allah dengan harta dan jiwa mereka ada;ah lebih besar dan tinggi darjarnya di
sisi Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya"
Dalam peristiwa hijrah Nabi SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq,
kita dapat lihat bagaimana suatu motivasi yang sangat penting yang diberikan
oleh Nabi SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq.
Motivasi inilah yang membezakan antara perjuangan Islam dan
perjuangan taghut iaitu mereka yang menolak Islam serta memusuhi gerakan
perjuangan Islam.
Iaitu kalimah "La tahzan Innallaha ma'ana" yang
bermaksud jangan bersedih! Allah bersama-sama dengan kita.
Inilah perjuangan Islam, janji Allah bahawa Allah bersama-sama
dengan gerakan perjuangan Islam. Ini yang pertama.
Yang kedua, pendokong gerakan perjuangan Islam meletakkan
harapan kepada Allah dalam setiap usaha yang dilakukan.
Dua perkara inilah yang membezakan antara perjuangan Islam dan
perjuangan taghut. Walaupun mereka juga berbincang,
bermesyuarat, melakukan gerak kerja dan sebagainya namun mereka tidak
meletakkan harapan kepada Allah.
Firman Allah SWT :
"Kamu mengharapkan (redha) daripada Allah dan mereka (orang
kafir) tidak mengharapkannya"
Berdasarkan beberapa perkara yang disebut di atas, PMRAM menyeru
kepada semua mahasiswa/wi agar terus melaksanakan gerak kerja Islam dan
memastikan peningkatan tahap dari masa ke semasa adalah lebih baik.
Maka, apa tindakan kita sekarang dalam membantu BKKIMM (Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir) yang terus dinafikan hak mereka?
Semestinya gerak kerja yang padu dan perancangan yang tersusun bagi memastikan
BKKIMM terus bergerak sebagaimana BKAN dan DPM yang lain.
Bantuan material, semangat dan tempat mesti diberikan kepada
BKKIMM agar dakwah Islam kepada anak-anak Melaka terus berjalan.
Begitu juga dengan gerak kerja yang lain seperti ARMA dan Syaqah
bagi PMRAM. Tindakan ini mesti digerakkan bersama-sama. Tanggungjawab ini mesti
dipikul bersama. Penghijrahan ini mestilah melibatkan semua.
Selamat Tahun Baru 1433 H
Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah
Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
PMRAM 2011
Sumber :
pmram.org
No comments:
Post a Comment