Monday, December 12, 2011

Biro Ekonomi : Boikot 100 % ?



عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة "متفق عليه

Daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulallah saw bersabda:Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat. Muttafaqun ‘alaih.

Acap kali kita mendengar perkataan boikot tetapi sejauh mana kefahaman kita pula terhadap barangan boikot?Boikot merupakan suatu tindakan permulaan orang ramai terhadap sesuatu perkara. Contohnya,pada masa kini kita dapat melihat rata-rata masyarakat dunia telah memboikot barangan Israel kerana mereka telah melancarkan serangan terhadap negara Islam terutamanya bumi Palestin.

 Tetapi kita perlu tahu apakah tujuan utama dalam memboikot barangan musuh Islam? Ada diriwayatkan dalam hadis yang sohih bahawa Nabi Muhammad saw pernah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi dan begitu juga dengan para sahabat. Mengikut hukum yang asal adalah harus berjual beli dengan mereka.

Apabila ditanya kepada Sheikh Yusof Al-Qardhawi mengenai memboikot barangan musuh Islam, beliau menyatakan bahawa boikot adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam. Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Boikot mempunyai beberapa kesan yang berbagai:
1. Ia mendidik umat kita tentang bagaimana untuk membebaskan diri dari lingkungan terhadap kehendak manusia lain yang akan menyebabkan kita menjadi hamba kepada mereka.
2. Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan sikap persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.
3. Boikot ini merupakan penghalang yang agak minima yang akan memberi kekuatan yang lebih kepada perjuangan saudara2 kita di bumi Anbia dan barisan hadapan jihad.


Tetapi cuba anda persoalkan kepada diri anda, adakah anda cakna tentang Palestin? Boikot merupakan pengukur kepada kita sama ada mengambil berat atau tidak isu umat Islam di bumi Palestin (Gaza). Apabila dikaji, tiada seorang individu yang memboikot barangan yahudi secara 100%. Inilah kedhaifan kita dalam memboikot.

Kebiasaannya seseorang individu tidak istiqamah dalam memboikot bahkan mengikut musim, iaitu apabila mendapat sesuatu berita mengenai saudaranya ditindas di bumi Palestin maka pada saat itulah roh memboikot datang, begitulah kita bagaikan pahat.

Kesimpulanya,mujahadah adalah sangat penting untuk kita membantu saudara-saudara kita di palestina.dengan memboikot barangan Israel. Tindakan ini akan membantu untuk kita melumpuhkan ekonomi dan menjatuhkan mereka.


Disediakan oleh :

Biro Ekonomi
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2011/2012



1 comment:

  1. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...