Friday, September 23, 2011

Yeop FC Bersedia Menghadapi MASCUP '11 PMRAM


KAHERAH, 23 September – Kumpulan pemain bola Perak atau lebih dikenali dengan Yeop FC telah mengadakan satu perjumpaan khusus bersama pemain-pemain sebelum bertempur di dalam pertandingan bola MASCUP ’11 PMRAM.

Beberapa perbincangan teknikal dan strategi telah disusun rapi bagi meraih gelaran juara pada tahun ini.

Pengurus kumpulan, saudara Amirul Fahmi Zulkefli telah berganding bahu bersama jurulatih dalam memberikan taklimat penting sebagai persediaan untuk bermain.

Yang DiPertua KPIPM sesi 2011/2012 juga turut bersama dalam memberikan semangat kepada pasukan Perak yang bakal beraksi esok. “Di dalam kita beriadhah, tidak kita lupakan tanggungjawab sebagai mukmin sejati untuk membawa amal fardi.” Tegas beliau di dalam ucapan beliau.


“Kita perlu menjadi contoh terhadap orang sekeliling dengan penekanan terhadap amal fardi”. Ucapan akhir beliau sebelum taklimat oleh ketua kumpulan, saudara Husairi Wildan.

“Walaupun kita bersemangat untuk bermain, namun apa yang penting adalah jaga kesihatan dan jaga hati. Tubuh badan perlu sihat dan ukhuwah juga perlu dijaga”. Pesanan beliau sebelum majlis berakhir.

Didoakan agar kumpulan Yeop FC beroleh kemenangan bagi bertarung di dalam MASCUP ’11 PMRAM. 





No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM