Friday, September 2, 2011

Imtihan Qabul : Malaysia Dan Mesir



KAHERAH, 2 September - Ujian kelayakan (Imtihan Qabul) bagi pengambilan Universiti Al-Azhar sesi 2011/2012 akan diadakan di Malaysia dan di Universiti Al-Azhar Mesir.

Pelajar-pelajar yang tidak mengambil peperiksaan tersebut di Malaysia diwajibkan untuk mengambil peperiksaan itu di Mesir .
Mereka yang gagal di dalam ujian tersebut akan menjalani Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.

Peperiksaan kelayakan ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar sebelummenerima sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar yang memerlukan kepada kefahaman bahasa Arab yang tinggi

"Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa akan mengadakan beberapa program pendidikan bagi membantu meningkatkan taraf akademik pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan kelayakan di Mesir" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...