Home » » Perasmian Penutup SEMARAK '11

Perasmian Penutup SEMARAK '11


KAHERAH, 1 September – SEMARAK ‘11 bersambung lagi diisi dengan program kesenian peringkat akhawat yang bermula pada jam 8.50 pagi.

Majlis tersebut dirasmikan oleh saudari Nurul Nadhirah binti Awang Mohd Nor, Bendahari HEWI PMRAM yang juga merangkap HEWI angkat KPIPM.

Majlis bermula dengan tayangan slide show raya sebagai gimik perasmian. Kemeriahan majlis lebih dirasai dengan pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh ahli KPIPM sendiri.

Antara persembahan yang berlangsung ialah persembahan Silat, Dikir Aidilfitri, Slide show dari HEWI KPIPM dan nasyid Khairatul Hisan.

Majlis yang berakhir pada jam 11.00 pagi itu diakhiri dengan nyanyian lagu kemerdekaan dan jamuan ringan.




Program Sambutan Aidilfitri dan Malam Kesenian [SEMARAK ‘11] telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada semua ahli KPIPM. Majlis di malam tersebut juga merupakan Majlis Perasmian Penutup program SEMARAK ‘11.

Majlis bermula dengan perarakan kompang, Persembahan Silat dan Teakwondo bagi mengiringi oleh saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011 dan beberapa Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang turut hadir naik ke atas dewan.

Program yang berlangsung dengan jayanya membuktikan komitmen ahli KPIPM tidak pernah berbelah bagi. Ini dibuktikan dengan kehadiran ahli KPIPM yang memenuhi dewan pada malam tersebut.




Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program SEMARAK ‘11, saudara Muhamad Amirul Fahmi bin Zulkefli.

Disusuli pula dengan ucapan YDP KPIPM, saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir dan seterusnya ucapan Perasmian Penutup oleh Presiden PMRAM, saudara Zuhaili Saiman.
Majlis diceriakan lagi dengan pengendalian oleh 2 orang moderator sejurus selesai majlis perasmian.

Majlis Malam Kesenian diserikan dengan beberapa persembahan antaranya Marhaban, Tarian Dabus, Puisidra dan nasyid daripada kumpulan al-Muhazzirun yang bertemakan Aidilfitri dan Kemerdekaan.



Seterusnya majlis berakhir dengan penyampaian hadiah Mencipta Pertandingan Video, Kad Raya dan Kuiz ASPIRASI. Jamuan makan malam menjadi agenda terakhir sebelum majlis bersurai.

KPIPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Pelaksana Sambutan Aidilfitri dan Malam Kesenian 2011 [SEMARAK ’11] yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan setiap program yang direncanakan.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik antum sekalian yang telah menjayakan program ini.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger