Sunday, September 18, 2011

Malam Taaruf Calon AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2011/2012

Calon-calon AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2011/2012 

KAHERAH, 17 September - Malam tadi telah menyaksikan calon-calon AJKT dan AJK HEWI KPIPM 2011/2012 memperkenalkan diri mereka sebelum ditabalkan secara rasmi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM yang dijadualkan 21 September ini.


Majlis yang dipengerusikan oleh Pengarah AJK Khas Pilihanraya kali ini iaitu saudara Mohd Firdaus Abd Razak itu berlangsung selepas Solat Isya'.


Seluruh calon menyampaikan misi dan visi mereka sebagai permulaan pengenalan bersama kepimpinan baru ini.


"Ana (saya) berasa penuh yakin dengan bakal tampuk kepimpinan baru kerana keseluruhan dari mereka ana (saya) fikir mampu untuk membawa 'bahtera' KPIPM ini". Ulas saudara Mohammad Omar Adam di dalam ucapannya yang juga merupakan calon YDP sesi 2011/2012.

Pengarah AJK Khas Pilihanraya, saudara Firdaus Abd Razak.


"Kami juga merupakan insan lemah yang melakukan kesalahan memohon interaksi yang baik daripada ahli jika 'bahtera' yang dipandu ini sentiasa berada dilandasan yang betul". Tambah beliau lagi.


Mereka telah dijadualkan akan mengambil alih tampuk kepimpinan sesi 2010/2011 pada akhir Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM pada 21 September 2011. Didoakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan baik.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM