Friday, September 2, 2011

Malam Perutusan Aidilfitri 1432H


KAHERAH, 29 Ogos – Keluarga Pelajar- Pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Majlis Malam Perutusan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di Dewan Syeikh Sya’rawi selepas selesai menunaikan Solat Isya’.

Majlis ini turut dihadiri oleh saudara Mohd Hafizul Azri bin Azman, Badan Ekonomi PMRAM, merangkap BP angkat KPIPM.

Turut hadir bersama iaitu saudari Nurul Nadhirah binti Awang Mohd Nor, Bendahari HEWI PMRAM merangkap HEWI angkat KPIPM untuk menyampaikan perutusan. Perutusan Presiden PMRAM pada tahun ini julung-julung kalinya ditayangkan melalui rakaman video.

Majlis diteruskan dengan penyampaian wang Ithar oleh Yang DiPertua, Khairul Ashraf bin Mohd Khir kepada permohonan yang diluluskan. Pengagihan wang Ithar telah diwakilkan kepada mandub/ah setiap cawangan.

Sejurus itu, penyampaian hadiah bagi Kuiz Ehya’ Ramadhan yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan telah disampaikan kepada pemenang-pemenang.
Bagi memeriahkan lagi suasana, majlis diteruskan dengan paparan beberapa tayangan video Ucapan Hari Raya dan persembahan Khas AJKT.

Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan hari raya pada jam 11.00 malam.

KPIPM merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan mengucapkan salam lebaran kepada seluruh warga KPIPM di Mesir.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...